Mar 8, 2011
Oct 8, 2010
win-win
so apa yang win-win situation dalam kes 1.duit raya 2.open house
Sep 20, 2010
puasa enam
.Instant noodles are often criticized as unhealthy or junk food. A single serving of instant noodles is high incarbohydrates but low in fiber, vitamins and minerals. Noodles are typically fried as part of the manufacturing process, resulting in high levels of saturated fat and/or trans fat. Additionally, if served in an instant broth, instant noodles typically contain high amounts of sodium. The current U.S. Recommended Dietary Allowance of sodium for adults and children over 4 years old is 2,400 mg/day; in extreme cases, some brands may contain over 3,000 mg of sodium per package. Instant noodles and the flavoring soup base also contain high amounts of monosodium glutamate.
Another concern regarding the consumption of fried foods, including instant noodles, is the possible presence of oxidation products resulting from poor maintenance of the oil. If the cooking oil is not maintained at the proper temperature or changed as often as necessary, these oxidation products, which are suspected to pose various health risks, can be present in the foods. Proper production standards minimize the risk.The most recent controversy concerns dioxin and other hormone-like substances that could theoretically be extracted from the packaging and glues used to pack the instant noodles. It was reasoned that harmful substances could seep into the soup as hot water was added.
Sep 4, 2010
25 ramadhan
- oklah tinggal puasa tu memang takleh nak elak la sebab aku perempuan kan. tinggal puasa sekaligus tinggal terawih dan tinggal beberapa hari tadarus. so matlamat-matlamat tak nak tinggalkan ketiga-tiga ni memang tak tercapai
...[GAGAL]
- bacaan al qur'an 30juzuk? hurmm... aku rasa dengan pencapaian setakat ni takkan tercapai. this one makes me feel like crying (masih tak nangis tak tau kenapa hati keras sangat) since i never really aimed for completely reciting 1 qur'an in ramadhan (kecuali time budak-budak kecik). tahun ni je tiba-tiba rasa nak aim kan. tapi malangnya kemungkinan besar [GAGAL]

- untuk tak buat dosa ni, aku tahu aku gagal jugak. baik aku diam sekarang.
- jadi seseorang yang lebih baik ----- tak pasti

- orang yang mendapati bulan ramadhan tetapi tidak mendapatkan manfaatnya
- orang yang mempunyai orang tua tetapi tidak mendapat redha keduanya
- orang yang ketika barangsiapa menyebut nama Rasulullah s.a.w., dia tidak menjawab dengan selawat.
Aug 24, 2010
ketentuan
Aug 20, 2010
T_T atau :) ??
Aug 18, 2010
ما شاء الله
Aug 16, 2010
giving up?

1- Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2- Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4- Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5- Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6- (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7- Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8- Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
(ni ambil dari blog org-kalau tak bagitau dikira plagiarism..heeee)
dan hanya kepadaNya kita mengadu dan meminta pertolongan:
dan petikan kata-kata semangat dari sebuah lagu:
I will never say never (I will fight)
I will fight till forever (make it right)
Whenever you knock me down
I will not stay on the ground
Aug 11, 2010
ramadhan
Jul 27, 2010
parent yang berjaya?
Mar 20, 2010
bersyukur
aku bersyukur aku dikurniakan sahabat-sahabat dan surrounding yg baik.
aku bersyukur nurul hamiza a.k.a best friend aku tak pernah kecewakan aku.
aku bersyukur coursemate aku bukan jenis yang mereka-reka cerita pasal orang.
aku bersyukur sikap aku macam ni.
aku bersyukur aku tau wujud orang baik atas muka bumi ni.
aku bersyukur atas segalanya,, terlalu banyak untuk disenaraikan.
Alhamdulillah.
Mar 4, 2010
kanak-kanak mati dibunuh
i don't really know how to olah this cerita. this guy friend of mine told me about this. just wanted to share. manusia akhir zaman.
Didera sampai mati
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.
Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.
“Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.
“Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.
“Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya semalam.
Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.
“Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.
“Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa,” katanya.
Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.
Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.
Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.
Source :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20100226233420/Article/index_html

