1- Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
2- Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
3- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4- Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5- Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6- (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7- Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8- Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
(ni ambil dari blog org-kalau tak bagitau dikira plagiarism..heeee)
dan hanya kepadaNya kita mengadu dan meminta pertolongan:
dan petikan kata-kata semangat dari sebuah lagu:
I will never say never (I will fight)
I will fight till forever (make it right)
Whenever you knock me down
I will not stay on the ground
3 comments:
tulisan bersaiz XL! aku suke!
gd luck final yearrrr... bile dh grad n dpt scroll degree nnt, maybe time tu baru kte sedar berbaloi sbnrnye kje keras kte blaja slme ni.. kan?
relatekan dengan surah duha.. sangat sweet Allah nak pujuk kite time2 sedih atau susah...
:)
miezack: aku tak reti nak ubah jenis tulisan.bengong tak? insyaAllah time tu baru kite sedar.....kemanisan tu ad,,cume blm merasainya
yana: surah dhuha ye?okay2 nanti aku usha...aku ni bkn tau sgt mende2 ni
Post a Comment