Showing posts with label L.O.V.E.. Show all posts
Showing posts with label L.O.V.E.. Show all posts

Jan 17, 2011

sweet+kiut = swiut?

haha tiba-tiba rasa nak tulis something. pasal kursus yang aku attend last weekend tu tak payah kot cerita sini. kalau nak tau sila pm saya. haha.. bukan tak nak share knowledge tapi banyak sangat untuk dikongsi dan tak reti nak tulis pun.

erm..

nak cakap apa ye.

awak awak,

macam mana time dinner yang sepatutnya ala-ala separa formal

awak boleh pusing belakang

offer dessert kat orang luar

and siap nak step out of the formal zone lagi sebab nak bagi dessert tu kat orang luar tu?

hurm?

awak ni swiut sangat la.




p/s: thank you for being wonderful :)

Jan 9, 2011

it's just a simple effort to make u happy :)


a simple but meaningful quote from tumblr. yes, aku admit aku dah (baru) reti nak pakai tumblr. better late than never, kan?

anyway, yesterday was adventurous. and in my thesaurus, adventurous=fun. an outing without any major plans tapi adventurous. macam mana tu? hurm?

i'm not gonna put any exact details of what we (ehh we?) did yesterday sebab malu. haha. dah tu kenapa kau tulis post ni biha oi..

summarizing 8th of january, 2011:
1. muvee marathon.
2. makan kat seat tempat orang lalu lalang twice.
3. makan baskin robbins sambil berjalan.
4. bowling. *no comment*
5. jalan banyak gila! (bila lagi nak exercise weyh).

sempoi sempoi pun aku seronok. takut syok sendiri je la tapi.


bajet misteri. tak tengok nama pun tau sape menang sape kalah.

tu je gambar yang ada. takde tangkap pun sebab time main bowling baru terkedek-kedek nak keluarkan camera sebab wth,, ni gambar wajib untuk semua orang yang main bowling kan? haha. my life yesterday was wonderful, and it still is. anda mahukan life yang wonderful seperti sy? maka sila visit wonderful life. *wink*


p/s: i hate it when i have an amount of money in my new (perlu ke new?) purse. i really can't control myself into buying things or foods or anything whatsoever. azzam tahun baru: taknak beli baju tahun ni boleh ke?

p/p/s: time to get serious, don't u think?

p/p/p/s: mungkin lepas ni akan berblogging (apakah perkataan berblogging?) dalam bahasa korea?hurm?


Oct 30, 2010

baiknya!!!!! ♥


kes 1: sanggup lari turun mapley semata-mata nak amik sehelai tisu

kes 2: cakap takde mug terus nak tolong belikan mug

seronok kan kawan dengan orang baik? bila aku nak berhati semulia ni ya Allah

p/s: kalau malas lagi lepas ni nak denda diri apa pulak?

Sep 5, 2010

30 perkara

30 perkara perempuan tak sempat bagitau lelaki:

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu b
eri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita
sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,
biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita
suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh
mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13.
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita
memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.
Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah
siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21.
Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan
'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23.
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud
kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26.
Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah
airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya
mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

import dari fb :)


paling cantik?

ermmm... hari tu dah tengok video ni. pastu tiba-tiba nampak ada orang post kat fb. mungkin perlu share di blog. enjoy..






p/s: aku tak nak jadi rumput yang ditinggalkan kat belakang.
aku tak nak meninggalkan rumput yang tercantik akhlaknya, peribadinya kalau dah jumpa.
kamu bagaimana?




Jul 9, 2010

layang-layang day

terlalu banyak kenangan yang kalau boleh aku tak nak lupakan.. tapi lumrah manusia. sekarang ni cakap memang lebat. seronok, sayang, etc etc. in future, no one knows. tak nak membebel panjang, let the pictures speak. membawa kepada anda, layang-layang day :)


the journey begins

Photobucket

ye mamat hot pun main layang-layang. dia memang tak bajet :)

Photobucket

dah berjaya terbangkan!

Photobucket

gadis misteri mula berkejaran kerana excited tak pernah main layang-layang

Photobucket

subhanallah cantiknya langit

Photobucket

gadis misteri overexcited

Photobucket

close up gadis misteri. bajet macam tengah kawal apa je kan :p

Photobucket

mayo in action!

Photobucket

jo pulak~

Photobucket

alamak gediknya gadis misteri

Photobucket

ok yang ni lagi gedik tapi hot gitu :D

Photobucket

faham tak kenapa tak boleh digambarkan dengan kata-kata?

Photobucket

ok angin sangat hebat menjahanamkan tudung.

Photobucket

eh mamat hot dengan gadis misteri la.. please jangan awek mamat hot nampak gambar ni

Photobucket

erkk..

Photobucket

aku benci gambar ni sebab statement mamat hot. ok baik aku diam sekarang.

Photobucket

aku dah kata dia hot. kalah model.

Photobucket

nampak tak effect angin kat rambut dan effect angin kat tudung?

Photobucket

boleh buat postcard tau!

Photobucket

yang ni pun ada potensi nak buat postcard

Photobucket

gadis misteri dengan johana sexy. yeah it rhymes.


ya Allah apehal gadis misteri ni?

Photobucket

happy sangat!

Photobucket

money cant buy happiness (caption takde kena mengena)

Photobucket
i really love every second we spent together.


p/s: terjatuh hati kat photobucket. lepas-lepas ni tak nak upload kat fb boleh ke? nak letak kat photobucket je :)

Jul 6, 2010

Goodbye EMB :(



Esso Malaysia Berhad, Port Dickson Refinery is a subsidiary company of Exxonmobil located in Malaysia operating since 1963. Bosan kan intro?

It has been 8 months. Mula-mula dapat offer intern, rasa macam, lamanya 8 bulan. Tapi, sebenarnya sekejap sangat. Dan bila kita sukakan something tu, seboleh-bolehnya memang kita tak nak lepaskan benda tu.

Minggu lepas, arthit buat satu sesi interview dengan aku. Dia tanya all the basic questions pasal intern ni la. Macam “the one thing that u regret”, “the person u would never forget” etc etc. tapi ada satu soalan ni buat aku terkejut dengan jawapan bersahaja yang keluar dari mulut aku tanpa otak sempat memproses soalan tersebut.

A: the best thing here?

B: friends.

Hehe. Tu je yang terbaik sepanjang intern. Lepas tu aku ada terfikir, kalau aku intern sorang, or kalau aku tak ada kawan, or kalau at first aku choose untuk duduk kat enstek (bukan sewa rumah kat pD), internship period would not be as memorable as I’ve experienced it. Tapi kalau nak cakap kalau memang berjela lah post ni kan.

Awal-awal intern dulu rasa janggal sikit sebab ingatkan susah nak masuk dengan trainee lain. Ye la kan, kita bukan utp. Diorang macam dah kenal each other semua. Lama-lama lepas sebulan macam tu dah start boleh masuk. Diorang semua baik-baik. Staff kat esso pun semua baik-baik.

Dah nak habis intern, masuk trainee baru. Biasalah kan, sebelum diorang ni masuk. Banyaklah borak-borak pasal diorang. Siap bagi nama lagi kat anak hj. Dari perkhabaran macam aku takkan boleh nak masuk dengan trainee baru. Turns out, please jangan dengar khabar dari mulut orang. Kenal dulu baru boleh cakap. Trainee baru pun semua baik-baik. Walaupun just sebulan dengan diorang, rasa macam dah lama gila kenal. Gambar pun dah bergiga-giga saiznya. Hehe. Melampau kan.

Aku tak sehebat sarah atau arthit untuk menyusun kata-kata. Aku tak reti nak puitis. Aku just boleh cakap yang aku teramat bersyukur sebab Allah bagi peluang kat aku untuk intern kat esso dan aku bersyukur sebab aku dikenalkan dengan kawan-kawan ni.

Hadiah perpisahan:

Cute sangat dari ayu J


Hadiah istimewa dari zik



Cantik kan? From jo!




Unik from syiha… Yang penting, thank u so much for the effort!

wonderful kite from arthit

Tgk mulut dia. Punya la besar. Sampai tak tau nak bagi pose macam mana untuk gambar ni. Secute pemberi hadiah ni, mayo.



Last hadiah yang aku dapat, yet yang paling menitiskan air mata (lembik). Thank u sarah for putting our journey together in a very cute scrapbook!


From all of u… Aku tau, yang paling penting bukan hadiah, bukan wang ringgit, bukan gambar, tapi memori. Memori bersama tu yang sangat precious. Thanks again my lovely friends.

Bajet sangat tak letak benda ni dalam post? :p

p/s: plan asal nak buat post describe sorang-sorang, tapi aku cancel that idea sebab. Maybe nanti orang tak suka. Korang semua memang best! Sayang korang sangat! Muah muah!

May 20, 2010

to my bff

Assalamualaikum w.b.t. Firstly, aku nak ucapkan happy belated birthday. Ye, aku tau, aku dah wish dua kali. Kalau ikutkan hati aku, aku nak wish melalui semua medium yang aku boleh wish. Tak kisahla kau bosan ke, kau tak nak layan ke, aku nak buat jugak. Sebab apa? Sebab kau bff aku. Aku wish sejuta kali pun belum tentu cukup untuk kau. Ok aku dah mengarut.

Bff, kau sentiasa ada untukku. Time aku berduka, time aku gembira, time aku berangan, time aku in healing process. Kau memang ada. Kau tak kisah aku pakai baju comot. Kau tak kisah aku sepah-sepah baju time tidur kat rumah kau. Kau tak kisah aku tidur seksi. Kau tak kisah aku tidur atas katil kau. Kau tak kisah bila kau belanja aku makan mahal-mahal. Kau tak pernah berkira dengan aku. Kau memang terbaik.

Aku tau, mulut kau memang main cakap lepas. Ikut suka hati kau je. Tapi takpe, sebab apa yang kau cakap tu, tulus dari hati. Dalam laser-laser, kau masih jaga hati orang. Aku tau kau takkan sesuka hati sound orang. Kau selalu cakap “biadap”. Tapi tak pernah orang terasa pun. Sebab aku dan orang lain tau kau gurau. Ulang suara, aku dan orang lain. Semua orang suka kawan dengan kau.

My darling bff, kau daripada keluarga berada. Kau selalu berlagak bila keluar shopping dengan aku. Kau berlagak, kau beli macam-macam. Aku terliur tengok beg-beg plastik kau penuh semua. Hasilnya, aku pun sama berlagak macam kau. aku pun sama terikut perangai kuat shopping kau. Padahal aku bukan orang berada. Aku dari keluarga sederhana. Pernah ke kau pandang rendah kat aku? Pernah ke kau kutuk handphone skrin hitam putih aku? TAK. Kau tak pernah pandang hina kat aku yang tak sekaya kau. kau memang baik hati.

Kau selalu cakap kau gemuk. Tapi aku rasa kau ideal je. Kau nak kurus macam mana lagi? Kalau kau kurus sangat nanti tak cantik. Sekarang kau cantik. Pipi gebu, mata kiut, tangan kiut, kaki kiut, eh banyaknya kiut. Haha. Kau dah cukup cantik. Tak perlu kurus dah. Maintain je. Kalau mata nak tukar colour aku rasa elok jugak, tapi bukan sebab mata asal kau tak cantik. Sebab aku pun suka tukar colour mata. So aku rasa it won’t be a problem.

Bff kesayanganku, kalau kau nak aku tulis semua pasal kau,, sampai aku berjanggut la nampaknya. Banyak lagi. Terlalu banyak. Dah lama aku kawan dengan kau. Sejuta satu memori kita bersama. Aku doakan semua yang terbaik untuk kau wahai bff. Moga kau sentiasa dipayungi rahmat dari Allah. Moga kau sentiasa bahagia, di dunia dan di akhirat. Moga kejayaan sentiasa milik kau. Moga hidup kau diberkati dan diredhai Allah. Dengan bertambah umur, bertambahlah tanggungjawab, moga kau semakin tabah dan kuat untuk menghadapi semua pahit manis kehidupan. Happy belated birthday.

I LOVE YOU NURUL HAMIZA.

Ikhlas,

biha

Apr 27, 2010

sweeter than candy

senario: sedang ym dengan sorang jejaka. tiba-tiba ada phone call. jam 1.25am. nombor tak dikenali.

nabihah : weyh, ada number ni tak
_ _ _ _ : mana?
nabihah : 012**16131
nabihah :saja tanya ko
nabihah : dia baru call ni
_ _ _ _ : takde?
_ _ _ _ : dia call ckp pe?
nabihah : ofcozla ko takde kan
nabihah : tak ckp pape
nabihah : aku angkat cakap helo 2,3 kali
nabihah : then dia letak
_ _ _ _ : owh
_ _ _ _ : huhu
_ _ _ _ : takdelaa
_ _ _ _ : nk aku tanya kan?
nabihah : boley gak
nabihah : hehe
nabihah : kalau laki
nabihah : ko ckp
nabihah : "ko sape?nak kena belasah?"
nabihah : haha
nabihah : :))
_ _ _ _ : laki laa
_ _ _ _ : tp aku tak cakap la camtu
nabihah : ko ckp ape
_ _ _ _ : aku tanye ni sape
_ _ _ _ : pastu dia letak
nabihah : weirdo
nabihah : mesti dia cuak dgr suara ko
nabihah : macam ganas
nabihah : thanx :)
_ _ _ _ : huhu
_ _ _ _ : pasni kalau dia kacau lagi
_ _ _ _ : bagitau
_ _ _ _ : kali ni aku marah betul
nabihah : terharu
nabihah : ;;)

selama ni.kalau aku cakap kat mana-mana jejaka, ada dapat phone call dari unidentified caller and angkat phone dia tak cakap apa-apa,, jejaka itu akan berkata: "abaikan je". simple predicted answer from any guy. tapi jejaka ini, dia sangat sweet. siap offer nak tolong call and tanyakan siapa unidentified caller yang bengong call pagi-pagi buta tu. siapa yang teringin nak kenal jejaka ini sila hubungi aku ye.hehe :)

p/s: dialog diubah sikit-sikit untuk kesesuaian pembaca :)

Feb 20, 2010

find a guy


Find a guy who:
calls u beautiful instead of hot,
who calls u back when u hang up on him,
who will lie under the stars and listen to ur heartbeat,
or will stay awake just to watch u sleep...
wait for the boy who kisses ur forehead,
who wants to show u off to the world when u are in sweats,
who holds ur hand in front of his friends,
who thinks u'r just as pretty without makeup on.
one who is constantly reminding u of how much he cares and how lucky he is to have YOU...
The one who turns to his friends and says, thats her...