Nov 5, 2015

Biha-Husna Breastfeeding Journey - Part 2

Dengan berbekalkan ilmu Google di dada, 3 jam sekali aku BF Husna, setiap kali bagi dalam 15 minutes. Petang tu ada seorang nurse datang check, then dia kata, “Dah bagi susu kat baby?”. Dengan muka confident jawab dah. Sampaikan time tidur malam tu aku bangun setiap 3 jam untuk BF. Nampak tak tegarnya di situ. Husna pulak baik sangat takde nak nangis – nangis malam tu. Aku je tak lena tidur sebab. Sebab apa lagi weyh, baru lepas beranak, ada anak, baring kat katil kecil kat sebelah katil aku, awkward kott. Selama ni tidur sebelah H je. Eh.

Nak dijadikan cerita, bila dah balik rumah, masih confident BF Husna. Tapi setiap kali bagi masih pedih. Hari ketiga lepas bersalin, panggil tukang urut datang rumah, barulah tahu sebenarnya yg keep on BF Husna tu sebenarnya susu tak keluar. Tukang urut tu urut buka jalan kat salur – salur susu untuk keluar (sorry I really don’t know the name of this massage but it was really painful). Lepas urutan tu sebenarnya barulah susu keluar.

TAPI. Tiap kali BF Husna, rasa pedih and dah start luka. So setiap kali nak BF rasa seram takut sakit. Nak dijadikan cerita, Husna jaundice so kena masuk day-care kat Hospital Seremban. Haaaaaaaaa kat sinilah nurse tu tengok cara aku BF tu tak betul so dia ajar and tunjuk cara betul nak pegang baby time nak BF. Cara nak BF, lekapan semua tu. Ni memang ada dalam Google tau. Teknik dan lain – lain memang kau boleh Google. Tapi, tu teori, bukan practical. Means tak Nampak betul – betul caranya. Sebagai kesimpulan untuk kisah awal BF journey ini, my advice (anak baru setahun dah bajet – bajet nak bagi advice bagai kan), rephrasing, my suggestion for soon-to-be-mommies are:

1)      Waktu tau je mengandung dah kena set dalam otak & hati yang kita nak BF baby at least sampai dua tahun. Kena tanam azam awal – awal & share niat dengan hubby.
2)      Sentiasa berdoa minta Allah permudahkan BF journey.
3)      Gather as much knowledge as possible pasal BF; starting from punca susu ibu (hormon etc), konsep demand & supply, cara nak BF, jenis – jenis breastpump, cara nak pump, cara nak banyakkan susu dan lain – lain. Ilmu ni boleh didapati through Google, kelas penyusuan or boleh rujuk pada yang berpengalaman. Trust me, you need to gain these knowledge baru boleh succeed.
4)      Survey breastpump (ciri – ciri breastpump yang bagus nanti aku share) & start menabung untuk beli breastpump & peralatan BF (ni pun nanti aku share).
5)      Beli earplug untuk pakai time baru lepas bersalin (untuk pekakkan telinga dari anasir – anasir susu formula).


Setakat ni je, nanti aku sambung lagi ye. Thanks for reading.

No comments: