Mar 21, 2010

intern. part 1.

before masuk 3rd year kawan-kawan dan aku (my friends and i) dah bercakap-cakap pasal takut nak intern etc etc. aku pun takut. dengan tak pasti hala tuju, dengan tak dapat nak bayangkan langsung suasana bekerja, dengan takut tak dapat offer, macam-macam lagi la.

semua orang yang aku kenal yang baru balik intern semua aku tanya pasal intern diorang. semua kata best and dapat belajar macam-macam semua. so perasaan takut dah bercampur dengan excited.

aku plan nak intern kat company kereta. apa-apa je berkaitan dengan kereta, sebab aku teringin nak tau pasal kereta punya enjin semua. aku tak suka bila perempuan dilabel 'just reti bawak, lain tak tau' (walaupun aku pun lebih kurang jugak.haha.

nak dijadikan cerita aku ada mintak satu company oil and gas sebab dia kat port dickson, bajet-bajet dekat je dengan rumah. satu company ni je yang aku mintak yang oil and gas. rezeki aku, aku dapat offer intern situ. after considering pros and cons, aku accept offer syarikat international itu iaitu exxonmobil.

first day kat sini aku teramatlah bosan. first day, aku pun tak nak terus kerja berat. so aku bersyukurlah kan. kat esso ni, aku ditempatkan kat section reliability engineering. kerja aku lebih ke arah inspection. inspect equipments to maintain the equipments running. aku bersyukur sebab bidang yang aku dapat ni memang berkaitan dengan apa yang aku belajar. aku bersyukur jugak sebab aku seronok dengan bidang ni.

kat esso time kerja dia tak fixed,, dalam kontrak kata 7.30am-4.45pm. tapi boleh datang sesuka hati, balik sesuka hati,, asalkan kerja siap. tapi of course la, trainee mesti nak kena tunjuk good impression. so tak perlulah aku datang selewat-lewat yang aku suka or balik seawal-awal yang aku suka.

kerja aku lebih ke arah inspect equipment. equipment ni ada banyak; tank, tower, heat exchanger, piping, cooling tower etc etc. aku akan cerita lebih lanjut lain kali kalau aku rasa nak cerita. kerja jadi inspector/reliability engineer ni anda haruslah tidak takut untuk berpeluh, tidak takut untuk menjadi hitam, tidak takut akan kekotoran, dan anda tidak boleh gedik. jika anda gedik, anda totally out, bukan tak layak,, tapi anda akan tidak dilayan lalu stress dan takziah.

ermm...basically kat sini aku banyak ikut inspector. aku tak diassign projek besar sendirian. aku akan sentiasa bersama at least seorang engineer dalam plant. kalau dalam plant/site tu mesti accompanied, macam bos besar-besar tu, sentiasa ada bodyguard. hehe.

working life is totally unimaginable. hehe sebab apa yang aku bayangkan semua lain. waktu mula-mula aku macam bajet kerja kat ofis best. tapi lama-lama aku rasa perlu dua-dua. field work+documentation work.

oh.ni la uniform lengkap untuk ke site: frc (fire resistive coverall, safety helmet beserta ear muffs, safety goggles, chin strap untuk mengikat helmet pada kepala, leather gloves, safety shoes)
gambar memegang tube bundle (bahagian dalam heat exchanger) yang dikeluarkan dan dicuci untuk di inspect. kat blkg tu iqbal sedang inspect dengan seriusnya.

banyak lagi nak cerita,, tak tau nak cerita macam mana. siapa yang nak tau sila bertanya sebab aku tak tau nak cerita part mana. help me on this kawan-kawan.

satu lagi gambar sedang turun caged ladder untuk tower:
tower ni tinggi dia about 100kaki. among towers yang rendah. mungkin takde peluang naik tower tinggi buat masa sekarang. untuk company lain tower dipanggil column. tower ni equipment untuk distillation. membahagi-bahagikan product mengikut takat didih.

Mar 20, 2010

bersyukur

bila kita hadapi kesusahan baru kita dapat rasa nikmat.
aku bersyukur aku dikurniakan sahabat-sahabat dan surrounding yg baik.
aku bersyukur nurul hamiza a.k.a best friend aku tak pernah kecewakan aku.
aku bersyukur coursemate aku bukan jenis yang mereka-reka cerita pasal orang.
aku bersyukur sikap aku macam ni.
aku bersyukur aku tau wujud orang baik atas muka bumi ni.
aku bersyukur atas segalanya,, terlalu banyak untuk disenaraikan.

Alhamdulillah.

be yourself!

pernah dengar tak orang cakap:
"kalau kita kawan dengan orang baik, kita akan jadi baik"
"kalau kita kawan dengan orang jahat, kita akan jadi jahat"

pernah terfikir tak apa akan jadi bila dua orang berkawan, satu baik, satu jahat, apa akan jadi?

pendapat aku: kalau kau baik, kau tak payah nak buktikan kau boleh jadi jahat etc etc. sila jd diri sendiri. kalau kau jahat, kau try jadi baik.... sebab apa aku cakap macam ni?

sebab aku senang je. banyak buat baik masuk syurga,, banyak buat jahat masuk neraka.

kalau ada orang nak bangkang dengan berkata:
"tajuk: be yourself. tapi nak suruh orang jahat jadi baik"

aku boleh bangkang balik dengan berkata:
"semua orang sebenarnya baik. yang jahat tu cuma pilih untuk jadi jahat,, tu bukan diri dia"
"kalau kau nak kekal jadi jahat, silakan. kubur lain-lain"

sekian.. aku bukan emo,, aku cuma nak meringkaskan benda jadi padat.

p/s: dalam hidup ni kita akan jumpa berjuta-juta sikap manusia. aku tak sangka aku akan jumpa banyak sangat sikap dalam tempoh intern yang singkat ni.

p/p/s: everyone is special. be yourself!


Mar 9, 2010

just an update

hari ni aku jadi manager,, walaupun just jadi logistic manager je, tapi tak dapat nak elak rasa bahagia bila dengar MFO selaku chief inspector berkata "this is our logistic manager nabihah"..hehe yang penting aku seronok. time's flying so fast and it's almost time for the lecturer visit. i really am happy here at esso. tapi there's a world out there much more challenging for me to explore.

semalam aku panjat tower. and i have pics. i'll upload them later. nak tercabut kaki tangan aku panjat cage ladder tu sampai atas. pastu kat atas tower tu memang goyang habis la. macam tak stabil pun ada. hehe.

last week was a major busy moment at work. it was fun though. unexpectedly, i found it fun working on weekends. 7 days straight. that was an achievement, i guess. i will share major gory details later.

sungguh bosan post ini sebab it was written in a hurry. just a simple update about my lovely working life.


Mar 4, 2010

kanak-kanak mati dibunuh

i don't really know how to olah this cerita. this guy friend of mine told me about this. just wanted to share. manusia akhir zaman.

Didera sampai mati

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my

Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

“Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.

mainpix2 Mati disepak Kekasih ibu

“Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.

“Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya semalam.

Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

“Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.

“Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.

Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.

Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

Source :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20100226233420/Article/index_html

hidup bagaikan roda

life is complicated. kadang-kadang bila aku fikir memang life ni complicated sangat. tapi kalau life is simple, it would not be fun. and kalau life can be predicted, it won't be fun at all.

i know this guy. lately aku macam rapat sikit la dengan dia. kenapa aku seronok kawan dengan dia. sebab dia baik. ok, memang dia baik. tapi sebab lain is, dia banyak buat aku berfikir. pasal life, pasal people behavior, pasal kawan-kawan,, semua la. aku suka. dia bukak minda aku, dia widen my horizon.

"biha, ko tau tak dalam life ni manusia ada dua parts of himself; one is your true self, the other part is the part of you which is plastic."
"pernah tak ko pk nape ko boley masuk dengan A, and ko boley masuk dengan B,, padahal perangai diorang totally berbeza?"

bagi aku, seseorang tu dikategorikan sebagai matang kalau dia ada aim dalam life dia, dia tak buat perangai budak-budak and dia berfikiran luas. so mamat ni aku kategorikan sebagai jejaka matang. obviously beribu kali lagi matang dari aku.

"ko jangan risau biha, setiap masalah ada jalan penyelesaian. so tak kisah la macam mana pun, asalkan ko hadapi masalah tu, tak kira lama mana, ko akan jumpa penyelesaian."

kalau aku nak cakap hidup aku banyak masalah, it's not fair to others yang ada banyak lagi masalah yang lagi complicated dari aku.

manusia ni ada banyak jenis. mungkin aku ada masalah nak menyesuaikan diri dengan semua orang. mungkin aku sendiri tak reti blend in. tapi i'm just being myself. aku paling takut orang yang bermuka-muka. dalam erti kata lain, talam dua muka. orang macam ni sangat bahaya sebab kau tak akan tau dia punya true self. and dia akan tikam kau bertubi-tubi dari belakang and it will hurt bila kau sedar kau ditikam. sangat sakit, bagi aku la. tapi kalau putus cinta mungkin lagi sakit. haha. kawan-kawan, sila berhati-hati dengan talam.

ok, berbalik kepada masalah aku. aku tak faham dengan sikap orang. bukanla aku kena faham semua orang. tapi at least orang-orang yang dekat dengan aku. betul tak? kalau kau kawan dengan someone elok je. pastu tak tau salah apa, tiba-tiba sepanjang hari dia buat kerek dengan kau. sepanjang hari dia buat kau dalam keadaan serba salah dan tertekan sebab tak tau apa silap kau. maybe orang kata aku sensitif, so what? aku perempuan, haruslah sensitif. end of story.


peringatan untuk diri:
  • jangan jadikan "takut kepala kena pijak" sebagai alasan untuk tidak berbuat baik.
  • jangan sekali-kali buat jahat.
  • diam lebih baik dari berkata sesuatu yang tidak berfaedah.
  • rahsia is rahsia, tidak boleh diceritakan kepada sesiapa or else dia dah tak jadi rahsia.
  • upload gambar dan buat post pasal intern.