before masuk 3rd year kawan-kawan dan aku (my friends and i) dah bercakap-cakap pasal takut nak intern etc etc. aku pun takut. dengan tak pasti hala tuju, dengan tak dapat nak bayangkan langsung suasana bekerja, dengan takut tak dapat offer, macam-macam lagi la.
semua orang yang aku kenal yang baru balik intern semua aku tanya pasal intern diorang. semua kata best and dapat belajar macam-macam semua. so perasaan takut dah bercampur dengan excited.
aku plan nak intern kat company kereta. apa-apa je berkaitan dengan kereta, sebab aku teringin nak tau pasal kereta punya enjin semua. aku tak suka bila perempuan dilabel 'just reti bawak, lain tak tau' (walaupun aku pun lebih kurang jugak.haha.
nak dijadikan cerita aku ada mintak satu company oil and gas sebab dia kat port dickson, bajet-bajet dekat je dengan rumah. satu company ni je yang aku mintak yang oil and gas. rezeki aku, aku dapat offer intern situ. after considering pros and cons, aku accept offer syarikat international itu iaitu exxonmobil.
first day kat sini aku teramatlah bosan. first day, aku pun tak nak terus kerja berat. so aku bersyukurlah kan. kat esso ni, aku ditempatkan kat section reliability engineering. kerja aku lebih ke arah inspection. inspect equipments to maintain the equipments running. aku bersyukur sebab bidang yang aku dapat ni memang berkaitan dengan apa yang aku belajar. aku bersyukur jugak sebab aku seronok dengan bidang ni.
kat esso time kerja dia tak fixed,, dalam kontrak kata 7.30am-4.45pm. tapi boleh datang sesuka hati, balik sesuka hati,, asalkan kerja siap. tapi of course la, trainee mesti nak kena tunjuk good impression. so tak perlulah aku datang selewat-lewat yang aku suka or balik seawal-awal yang aku suka.
kerja aku lebih ke arah inspect equipment. equipment ni ada banyak; tank, tower, heat exchanger, piping, cooling tower etc etc. aku akan cerita lebih lanjut lain kali kalau aku rasa nak cerita. kerja jadi inspector/reliability engineer ni anda haruslah tidak takut untuk berpeluh, tidak takut untuk menjadi hitam, tidak takut akan kekotoran, dan anda tidak boleh gedik. jika anda gedik, anda totally out, bukan tak layak,, tapi anda akan tidak dilayan lalu stress dan takziah.
ermm...basically kat sini aku banyak ikut inspector. aku tak diassign projek besar sendirian. aku akan sentiasa bersama at least seorang engineer dalam plant. kalau dalam plant/site tu mesti accompanied, macam bos besar-besar tu, sentiasa ada bodyguard. hehe.
working life is totally unimaginable. hehe sebab apa yang aku bayangkan semua lain. waktu mula-mula aku macam bajet kerja kat ofis best. tapi lama-lama aku rasa perlu dua-dua. field work+documentation work.
oh.ni la uniform lengkap untuk ke site: frc (fire resistive coverall, safety helmet beserta ear muffs, safety goggles, chin strap untuk mengikat helmet pada kepala, leather gloves, safety shoes)
gambar memegang tube bundle (bahagian dalam heat exchanger) yang dikeluarkan dan dicuci untuk di inspect. kat blkg tu iqbal sedang inspect dengan seriusnya.
banyak lagi nak cerita,, tak tau nak cerita macam mana. siapa yang nak tau sila bertanya sebab aku tak tau nak cerita part mana. help me on this kawan-kawan.
satu lagi gambar sedang turun caged ladder untuk tower:
tower ni tinggi dia about 100kaki. among towers yang rendah. mungkin takde peluang naik tower tinggi buat masa sekarang. untuk company lain tower dipanggil column. tower ni equipment untuk distillation. membahagi-bahagikan product mengikut takat didih.
3 comments:
biha! sgt comel!!! coveral segale..hihi
crite la lgi..lanjut lagi...!!!!
wihihi..
panjat tower segale! best2!!!!
wah ebat nye biha siap pnjt tower g..gud2 lps ni leh pnjt menara fac engine lk hee
yana,, thanks :) nnt la klau nk lg lanjut
zati,, haha mane de hebat....engineer kan,kene r gagah
Post a Comment