Nov 4, 2015

Biha-Husna Breastfeeding Journey - Part 1

So, aku tertarik nak switch on mode blogging ni mainly sebab nak sharing, pasal breastfeeding journey. Yes, I’m happily married & ada seorang anak yang almost setahun, and it shows dah berapa lama aku tak update blog ni. Hehe. Before start sharing session, I’ll write some sort of summary of my life for these past three and a half years.

2013 – got engaged. 2 October 2013, tarikh convocation H & sekaligus family dia datang rumah merisik & tunang & tetap tarikh kahwin. Simple, takde pelamin takde baju fancy etc.

2014 – got married & dapat baby. Bukan serentakla ofcourse hahaha. 1 February 2014 nikah & majlis, 7 June 2014 majlis belah H, 20 November 2014 lahirla Husna ke dunia. Tarikh kelahiran Husna ni jugakla menandakan tarikh aku bermula jadi Mom and tarikh permulaan breastfeeding (BF) journey.

Lepas je bersalin Husna (around 2.30 pm), nurse bagi rehat dulu then petang sikit baru dia bagi pegang baby. Moment pegang baby ni sangat penting. Diulang – sangat sangat penting! Time ni la kita skin-to- skin contact dengan baby. Kelebihan dia aku taknak ulas panjang – panjang boleh refer link ni. I would suggest mommies yang betul – betul tekad nak menyusukan anak utk pilih Hospital Rakan Bayi (Baby-Friendly Hospital).  Hospital – hospital ni diiktiraf tau, bukan aku yang saja – saja nak bagi gelaran. I never knew about this until recently, so with the power of sharing, I’m sharing with sesiapa yang membaca blog ni.

Ni senarai hospital yang telah diiktiraf sebagai Baby-Friendly Hospital kat sekitar KL/Putrajaya (source kopi-pes dari: http://www.cikgususu.com/):
1. Pusat Perubatan Universiti Malaya.
2. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Hospital Kuala Lumpur.
4. Hospital Putrajaya.
5. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
6. Hospital Pusrawi.
7. Hospital Tawakal.
8. Hospital Sentosa.
9. Hospital Pantai.

Hospital yang dalam assessment mendapatkan pengiktirafan status Rakan Bayi:
1. Hospital Tung Shin.
2. Prince Court Medical Centre.
3. Hospital Pakar Al-Islam.
4. Hospital Damai.

Sambung balik pengalaman, waktu nurse bagi pegang baby tu, dia pesan suruh BF baby. Aku pun dengan penuh keyakinan tanpa pernah pergi class or belajar dengan sesiapa, hanya 100% google sahaja, dengan yakinnya aku BF Husna. Memang rasa aneh, pelik, ada sikit pedih. OK sambungannya kat post lepas ni.


No comments: