so apa yang win-win situation dalam kes 1.duit raya 2.open house
kes pertama: duit raya
penerima-confirmla penerima duit raya akan sangat bahagia kerana ini sekaligus menambahkan wang untuk berbelanja, beli aiskrim, beli gula-gula, perancangan masa depan, etc etc. so untuk penerima duit raya ni tak perlu dah aku cerita kepuasan hati mereka. walaupun kadang-kadang sampul gambar duit sepuluh ringgit tapi isi dia seringgit je, tapi mereka akan tetap puas hati dengan penerimaan duit raya ni.
pemberi-apa kepuasan yang pemberi duit raya dapat?ok mula-mula aku nak tanya, pernah tak bagi duit raya kat budak-budak?kalau kau pernah bagi kau akan rasa seronok bila tengok budak tu tersenyum, budak tu tak sabar nak bukak sampul duit raya (bukan bila dia complain kata:"singgit je?" kalau dia complain tu memang rasa nak lempang.haha)...dalam erti kata lain, kau akan seronok bila kau tengok budak tu seronok. TAPI, kepuasan ni hanya akan dirasai oleh orang yang ikhlas bagi duit raya je. yang terpaksa atau bagi dengan riak takkan merasa perasaan ni.apa maksud bagi dengan riak tu?maksudnya yang bagi sambil berbangga "akulah yang bagi paling banyak sekali"...niat tu totally salah beb.niat salah memanglah tak terasa nikmat bersedekah tu.
kes kedua: open house
yang dijemput aka tetamu-orang yang dijemput ni akan rasa seronok sebab dijemput, maksudnya mereka diingati. and of course diorang seronok sebab boleh makan juadah macam-macam especially lontong dengan kuah kacang *drools*.siapa yang tak seronok dapat pergi open house? TAPI kawan-kawan, seronok macam mana pun, apa-apa yang dibuat tidak secara sederhana (yakni melampau) kita dah takkan rasa seronok. faham faham sendirilah ye.
yang menjemput aka tuan rumah-kepuasan tuan rumah ni bila tetamu yang datang tu makan makanan yang dia dah penat sediakan.boleh hilang penat bila tengok orang makan masakan kita.lagi-lagi kalau orang tu makan dengan berselera macam budak-budak mechi.tuan rumah tu akan bersemangat nak layan tetamu-tetamu pelahap ni.hehe.
maka inilah yang dipanggil win-win situation.anda bersetuju dengan saya?
p/s:moga proses pemulihan asma' berjalan dengan cepat agar dia dapat kembali hadir ke kelas and tumpukan untuk final.
p/p/s:don't u think kita dah patut start study hard for finals?hurm?
No comments:
Post a Comment