Oct 31, 2010

hadiah hari lahir extra

hari ni dapat hadiah birthday yang kedua dari rummate comel
ohhh bahagianye

thank u wan nurdiyana :)

nanti kene buat post pasal hadiah-hadiah birthday yang berjaya dikumpul tahun ni
tapi malas nak amik gambar dan upload
eeee pemalasnya macam mana nak kawen ni.hikhik..

p/s: tahniah kepada abg sub.. moga kekal hingga akhir hayat :)

p/p/s: setakat post beberapa baris je..nampak sangat pemalas. nabihah,, bila nak dapat semangat kerajinan ni?????


Oct 30, 2010

baiknya!!!!! ♥


kes 1: sanggup lari turun mapley semata-mata nak amik sehelai tisu

kes 2: cakap takde mug terus nak tolong belikan mug

seronok kan kawan dengan orang baik? bila aku nak berhati semulia ni ya Allah

p/s: kalau malas lagi lepas ni nak denda diri apa pulak?

just for laughs

kau ingat ni surat khabar nak ada ruangan just for laughs?haha...
di suatu pagi sabtu yang hening dan sejuk dan sangat sesuai untuk tido,,
on the way pegi makan kat du aka dewan makan 2nd:

t: sejuknya~~
b: jangan risau tia,, masuk du confirm panas

melangkah masuk du

t: betul la awak cakap,, panas la dalam ni

melangkah keluar du

s: ee sejuknya

faham tak du panas sangat? bayar bukan main banyak. stay lebih sikit charge sampai rm8.50 sehari. charger sume kena bayar extra,, pastu kau tanak bukak aircond kat du? kata la lepas ni ada extra yuran "aircond di du"... takpun "lampu dan kipas di bilik"..haha

bukan aku nak emo, aku just saje gedik je. takde benda nak tulis kan. lagipun, bak kata sorang sahabat aku ni, "ala b, kau kira bayar rm30 tu untuk 4tahun punya laptop and hp charger. ok what. kesian gila kat budak yang baru 1st year".. HAHHAHAHAHAAHAHA..

sorryla 2nd.
aku tak menyokong kau mintak duit charger tu.
aku tak menyokong kau paksa orang masuk projek pastu kau blame diri diorang bila cgpa diorang rendah
aku tak sokong kalau kau tanak jaga kebajikan pelajar


p/s: ada effect ke tulis benda ni kat blog?hurm?


Oct 29, 2010

aaaaaaaaaaaaa ♥


"we're holding on to the pain,, because it's all we have left"

kenapa chuck bass hensem sangat?



maaf sy bz

maaf sy bz
dan sy poyo
dan sy konon-konon takde masa nak tulis blog
tapi sebenarnya sy malas
dan sy tak larat
dan sy tak tau nak tulis apa

check this out
sebenarnya aku sangat beruntung kawan dengan penulis blog kat atas ni.
sebab apa tau?

1. dia ada dslr
2. dia rajin edit gambar, dan confirm jadi cantik
3. dia rajin tulis post best kat blog dia
4. dia upload gambar-gambar kat fb

hahahahahhahah she,, ni reason sampingan je. tak perlu reason kot untuk berkawan dengan orang macam kau ni. heeee :)

tapi kiranya bila dia rajin buat perkara-perkara ni, aku yang gemok pemalas ni tak payah tergedik-gedik nak edit gambar or tangkap gambar buruk guna camera murah aku untuk pape event... thank u she!

taktau nak tulis apa lagi

to those who remembered, thank u
to those who wished, thank u
to those who gave me presents, much thanx

i all of u


p/s: jom plan untuk study week?

Oct 20, 2010

random

it's a bless to be surrounded by nice and magnificent people.thank u Allah :)


Oct 15, 2010

irony

perasan tak perasan dah nak habis sem.hidup makin bz.jadual hidup sekarang,, pagi-class,gap antara class-shopping,petang-bersukan,malam-clubbing.macam ni la life tiap-tiap hari.bz tak?dah penat seharian puas clubbing tu tidur la apa lagi kan.

apakah irony-irony (suka hati aku je nak kata gandakan english word.haha) yang berlaku sepanjang kebizian berclubbing dan bersuka ria ni?jom kita lihat:


makin aku cakap aku bz,
makin selalu check fb

makin aku cakap aku tak cukup masa,
makin rajin aku lepak borak-borak

makin aku cakap aku kena study,
makin aku kerap tidur dan tak fokus dalam clas

makin aku cakap nak kurus,
makin banyak aku makan

makin aku sebut-sebut duit dah takde,
makin kerap tak makan du dan makan fast food

makin aku terfikir nak jadi baik,
makin banyak salah yang aku buat

makin aku cakap "tak sempatla nak siapkan assignment",
makin rajin update blog

opps terbesar lak yang last tu.eheh.

banyak tak irony?malu la i.u jangan kutuk i belakang ye.nak gaduh depan-depan r kalau berani.maksudnya apa kawan-kawan?senang je, semua masalah tu memang puncanya adalah diri aku sendiri.full stop.


p/s:no more time to waste!


Oct 13, 2010

bad bad girl

pernah tak tiba-tiba rasa down and nak marah tanpa sebab?
atau rasa nak mengamuk dengan orang-orang terdekat?
atau pun tiba-tiba rasa nak nangis tapi stress gila sebab air mata tanak keluar?
tak pun kan.kau tiba-tiba rasa semua yang kau buat serba tak kena,,
and kau rasa persekitaran kau tengah mengejek and provoke kau?
pastu kau rasa diri kau tak guna sangat,geram dan marah kat diri sendiri

kalau pernah la hadapi situasi di atas
apa ye tindakan korang?

yang sepatutnya la kan:
avoid people
amik wudhu'
solat sunat
baca qur'an
take a rest

and apa yang aku buat semalam?
cakap kasar dengan orang
ketuk-ketuk kepala sendiri
balik bilik untuk avoid people
tulis post stress kat blog+update .my saying. kat tepi blog ni
istighfar
tido

nak tulis sikap sendiri yang teruk tu terasa malu sebenarnya.nasib baik reti nak istighfar.perangai buruk sungguh,,patutla tak kawen kawen sampai sekarang.ahaks~
kesimpulan: sangat perlu baiki diri sendiri


:'(

I hate this feeling.
ya Allah,,help me please :'(

Oct 12, 2010

kosong

i believe people do change.
and i believe every change has its own reason.
changes can be good.
but does every good change comes with a good intention?


p/s: tiba-tiba, for no reason,, rasa nak nangis.




Oct 8, 2010

win-win

post ni semata-mata sambungan kepada post di bawah ni..
so apa yang win-win situation dalam kes 1.duit raya 2.open house

kes pertama: duit raya

penerima-confirmla penerima duit raya akan sangat bahagia kerana ini sekaligus menambahkan wang untuk berbelanja, beli aiskrim, beli gula-gula, perancangan masa depan, etc etc. so untuk penerima duit raya ni tak perlu dah aku cerita kepuasan hati mereka. walaupun kadang-kadang sampul gambar duit sepuluh ringgit tapi isi dia seringgit je, tapi mereka akan tetap puas hati dengan penerimaan duit raya ni.

pemberi-apa kepuasan yang pemberi duit raya dapat?ok mula-mula aku nak tanya, pernah tak bagi duit raya kat budak-budak?kalau kau pernah bagi kau akan rasa seronok bila tengok budak tu tersenyum, budak tu tak sabar nak bukak sampul duit raya (bukan bila dia complain kata:"singgit je?" kalau dia complain tu memang rasa nak lempang.haha)...dalam erti kata lain, kau akan seronok bila kau tengok budak tu seronok. TAPI, kepuasan ni hanya akan dirasai oleh orang yang ikhlas bagi duit raya je. yang terpaksa atau bagi dengan riak takkan merasa perasaan ni.apa maksud bagi dengan riak tu?maksudnya yang bagi sambil berbangga "akulah yang bagi paling banyak sekali"...niat tu totally salah beb.niat salah memanglah tak terasa nikmat bersedekah tu.


kes kedua: open house

yang dijemput aka tetamu-orang yang dijemput ni akan rasa seronok sebab dijemput, maksudnya mereka diingati. and of course diorang seronok sebab boleh makan juadah macam-macam especially lontong dengan kuah kacang *drools*.siapa yang tak seronok dapat pergi open house? TAPI kawan-kawan, seronok macam mana pun, apa-apa yang dibuat tidak secara sederhana (yakni melampau) kita dah takkan rasa seronok. faham faham sendirilah ye.

yang menjemput aka tuan rumah-kepuasan tuan rumah ni bila tetamu yang datang tu makan makanan yang dia dah penat sediakan.boleh hilang penat bila tengok orang makan masakan kita.lagi-lagi kalau orang tu makan dengan berselera macam budak-budak mechi.tuan rumah tu akan bersemangat nak layan tetamu-tetamu pelahap ni.hehe.


maka inilah yang dipanggil win-win situation.anda bersetuju dengan saya?

p/s:moga proses pemulihan asma' berjalan dengan cepat agar dia dapat kembali hadir ke kelas and tumpukan untuk final.

p/p/s:don't u think kita dah patut start study hard for finals?hurm?


Oct 3, 2010

Raya

Aku bukannya terlalu banyak masa untuk menulis entri tapi alang-alang tengah tunggu depan rumah acap ni,dari aku buat muka kesian semua elokla aku mengisi masa dengan membebel kat sini.
Apa yang best sangat pasal raya?
1.jumpa kawan-kawan lama,update gossip
2.makan lontong dengan kuah kacang
3.dapat pegi dan kenal ahli keluarga bakal mertua.eh bukan,ahli keluarga kawan-kawan..eheh
4.duit raya
5.open house

So cakap pasal duit raya dengan open house.aku rasa ni dua perkara yang sememangnya memuaskan hati semua pihak.atau dalam bahasa jawanya win-win situation..kenapa aku cakap macam ni.nanti aku bagitau.penatla taip pakai opera mini..fikir-fikirkan ye.bai.

Oct 1, 2010

tepi 7e

Ye aku memang bosan.tengah kat stesen nilai tunggu abah datang..aaaa.memang macam pengemis duduk kat tepi 7e ni tapi nak buat macam mana.tempat duduk takde..
currently aku tengah gile kat lagu black sofea jane.aaaaa.ok diamlah.hehe.

budi bahasa

Aku kat dalam ktm.bukan ke lelaki kena bagi perempuan duduk?tak eh?sekarang bukan zaman tu eh?aku tak kisah berdiri..alah setakat kL sentral ke nilai je.apa ada hal.sambil main fb,tulis blog,,takde masalah untuk aku.tapi untuk makcik makcik?patut bagi la diorang duduk kan..kesian tau.selalu aku tengok perempuan yang akan bangun bagi tempat duduk kat yang lebih berhak.kalau ada laki buat macam tu depan aku,aku nak terus pegi kat dia ajak kawen.haha..bukan kepada gadis hot ye,tapi kepada yang memerlukan..sekian. p/s:jangan tanak buat lak sebab tanak kawen dengan aku.dem.haha

pengakuan #6

#6: aku jahat. dan lelaki baik adalah untuk perempuan baik