Sep 27, 2010

sifat keibuan


enuff said

Sep 20, 2010

denda raya

raya dapat banyak duit raya tak? banyak kan? kecuali la orang yang dah tua, tak dapat langsung kan. orang muda macam aku ni still dapat la. haha. ok lari topik.

so disebabkan kamu, nabihah ahmad hilmi, terlalu berfoya-foya ketika cuti raya, akan ku kenakan denda buat kamu.

1. penggunaan facebook harus kurang 20minit sehari.
2. pembacaan blog orang harus ditiadakan. atau sekali seminggu, kurang 30minit.
3. aktiviti ber'youtube' harus ditiadakan sehingga diberitahu.
4. aktiviti ber'chat' harus di'limitkan' masa hanya antara lepas asar sebelum maghrib kecuali perkara penting.
5. aktiviti mendownload (sebenarnya takde pun) harus dizerokan kecuali gossip girl s4 :">
6. aktiviti menonton muvee/cerita di laptop harus dizerokan kecuali gossip girl s4 :">
7. tiada wayang sehingga tamat semester. kecuali yang dah janji nak belanja ayed dan sheera.
8. aktiviti bermesej (yakni feveret aku) harus dikurangkan.
9. trip to utp convocation harus difikirkan semula.

denda akan ditambah lagi untuk mengurangkan perkara lagha.
btw, babai acer. welcome to my life toshiba. laptop lama terpaksa digadaikan kepada gadis sri iskandar atas sebab-sebab tertentu. moga toshiba cute molek ini dapat berkhidmat untuk aku sampai aku kahwin.. eh sampai aku kerja.. hehe.

denda bermula esok.


puasa enam

ok nabihah.. kau ni bajet baik la kan nak tulis post pasal puasa enam. padahal kau tiap-tiap tahun pun macam ni. dah berapa syawal baru terkedek-kedek nak puasa enam kan. kan. kan.

daripada Abu Ayub berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun"
Hadis riwayat Muslim.

biasa dengar kan hadis ni? jangan cakap tak biasa sedangkan maxis siap bagi MMS free sebut pasal puasa enam dan disertakan dengan hadis ni. okay kalau betul-betul tak pernah dengar, renungkanlah. aku tak pandai nak olah ayat, lagi mendalam pasal ni boleh refer website himpunan hadis ni.

maka aku menyeru rakan-rakan, jom kita puasa enam sama-sama. better late than never kan?

cerita pasal puasa enam ni, aku kan baru nak start hari ni. so pagi tadi semangat nak bangun sahur sebab malam tadi tak dinner sebab ada orang tak nak ajak dinner. haha gurau, gurau. tak dinner sebab tak suka makan sorang-sorang. pastu dah lewat so malas makan. .
maka bangunlah sahur. dan disebabkan mimpi makan megi maka masak air untuk makan megi. aku tak ingat bila last time aku makan megi before aku decide untuk tak makan megi lagi dalam hidup aku. masa sekolah dulu kot. dah lama sangat tak makan megi. and pagi tadi aku rasa menyesal sebab makan. ya Allah, rasa dia, makan rasa macam makan plastik yang lembik-lembik. macam makan errghhh tak tau la. aku habiskan jugak since dah masak. pastu kuah dia. tak boleh diterima tekak. mintak maaf peminat megi atau instant noodles, aku rasa korang patut tukar selera korang.

aku pun tergatal tangan google sikit-sikit pasal instant noodles ni. let's see.

Instant noodles are often criticized as unhealthy or junk food. A single serving of instant noodles is high incarbohydrates but low in fiber, vitamins and minerals. Noodles are typically fried as part of the manufacturing process, resulting in high levels of saturated fat and/or trans fat. Additionally, if served in an instant broth, instant noodles typically contain high amounts of sodium. The current U.S. Recommended Dietary Allowance of sodium for adults and children over 4 years old is 2,400 mg/day; in extreme cases, some brands may contain over 3,000 mg of sodium per package. Instant noodles and the flavoring soup base also contain high amounts of monosodium glutamate.


Another concern regarding the consumption of fried foods, including instant noodles, is the possible presence of oxidation products resulting from poor maintenance of the oil. If the cooking oil is not maintained at the proper temperature or changed as often as necessary, these oxidation products, which are suspected to pose various health risks, can be present in the foods. Proper production standards minimize the risk.The most recent controversy concerns dioxin and other hormone-like substances that could theoretically be extracted from the packaging and glues used to pack the instant noodles. It was reasoned that harmful substances could seep into the soup as hot water was added.


ni aku amik dari wiki sebijik. wiki yang sepatutnya cakap tapis-tapis tu pun tulis macam gini. ini belum buka website persatuan pengguna lagi. agak-agak apa dia tulis. lagipun memang terbukti takde nutrisi langsung dalam megi ni weyh. errr...

so kembali ke topik asal, jom puasa enam ramai-ramai! :)

Sep 15, 2010

salam aidilfitri

tarikh 7 syawal belum terlambat untuk aku mengucapkan salam aidilfitri dan yang paling penting nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung jari dan kuku kaki atas kesalahan-kesalahan yang dibuat sama ada sengaja atau tak sengaja kepada semua rakan taulan....fuhhh panjang tak ucapan?lagi panjang dan annoying dari iklan celcom tak?tentulah tidak kerana iklan celcom tu memang sangat annoying...dem it aku mengarut apa ni.

cuti dah nak habis, kerja belum siap, buku belum bukak, berat makin bertambah, apa nak jadi ni nabihah??????? konon nak study weyh ya Allah tak tahu la macam mana ni....

raya pun tahun ni memang terbaik, raya pertama je pergi beraya... tu la yang sepatutnya kan? nati naik cuti ni tak tau la apa bakal terjadi.. dengan poket makin kosong, dengan badan makin naik (okayy, tak perlu kott ulang beribu-ribu kali pasal badan naik).

tapi hari tu pergi memberanikan diri untuk timbang berat.. ehhh berat turunla. ecehhh kau! berat naik kau tak tulis kat blog, berat turun bukan main lagi nak umum kann kann.... heeee.kiranya berat pada 2 syawal kembali normal seperti waktu baru sebulan dua intern. sekarang aku tak tau la, okayy baik aku diam sekarang.

perkara kiut yang berlaku semalam:

selamat hari raya untuk kak ah saya yang macam kak ros tu... (muka nakal) hi he hi lee
from hani
untuk sesiapa yang tak tau, lee bunyi dia lerrr (bunyi orang jelir lidah tu)
kiut kann?kann?

selamat hari raya kawan-kawan!!
p/s: sangat terpikat dengan datin wanabe. boley ke tidak boley ke tidak boley ke tidak~


Sep 5, 2010

30 perkara

30 perkara perempuan tak sempat bagitau lelaki:

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu b
eri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita
sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,
biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita
suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh
mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13.
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita
memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.
Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah
siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21.
Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan
'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23.
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud
kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26.
Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah
airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya
mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

import dari fb :)


paling cantik?

ermmm... hari tu dah tengok video ni. pastu tiba-tiba nampak ada orang post kat fb. mungkin perlu share di blog. enjoy..






p/s: aku tak nak jadi rumput yang ditinggalkan kat belakang.
aku tak nak meninggalkan rumput yang tercantik akhlaknya, peribadinya kalau dah jumpa.
kamu bagaimana?




u make me smile :)

bunyi sms masuk
berkejaran ke handphone
nampak nama awak
sy tersenyum :)

Sep 4, 2010

25 ramadhan

takde idea nak tulis. tapi tengah bosan sebab tinggal sorang-sorang kat kolej. and seriously, today is not the day for studying.

let me sum up ramadhan for this year. awal sangat tak nak sum up?ermm.. since it's already ramadhan the 25th, jom kita muhasabah diri kita dengan apa yang dah kita buat sepanjang ramadhan.

errrr... apa ek? takde kan? jom tengok balik list perkara yang hendak dicapai. adakah tercapai?
  • oklah tinggal puasa tu memang takleh nak elak la sebab aku perempuan kan. tinggal puasa sekaligus tinggal terawih dan tinggal beberapa hari tadarus. so matlamat-matlamat tak nak tinggalkan ketiga-tiga ni memang tak tercapai ...[GAGAL]
  • bacaan al qur'an 30juzuk? hurmm... aku rasa dengan pencapaian setakat ni takkan tercapai. this one makes me feel like crying (masih tak nangis tak tau kenapa hati keras sangat) since i never really aimed for completely reciting 1 qur'an in ramadhan (kecuali time budak-budak kecik). tahun ni je tiba-tiba rasa nak aim kan. tapi malangnya kemungkinan besar [GAGAL]
  • untuk tak buat dosa ni, aku tahu aku gagal jugak. baik aku diam sekarang.
  • jadi seseorang yang lebih baik ----- tak pasti
all in all, adakah ini ramadhan yang gagal untukku? ---silence----

the best part of me during this ramadhan is joining ihram. aku seronok time ihram. and time ihram tahun ni aku kenal ramai junior yang baik-baik, yang buat aku rasa nak berubah (tapi masih tak berubah-ubah lagi kan, teruknya aku ni).


lastly,,

-3 doa malaikat jibril yang diaminkan oleh Rasulullah-
Allah akan memasukkan ke dalam neraka orang-orang yang;
  1. orang yang mendapati bulan ramadhan tetapi tidak mendapatkan manfaatnya
  2. orang yang mempunyai orang tua tetapi tidak mendapat redha keduanya
  3. orang yang ketika barangsiapa menyebut nama Rasulullah s.a.w., dia tidak menjawab dengan selawat.
(H.R. Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)



Sep 2, 2010

:|

kenapa kepala asyik berpinar-pinar ni? pastu rasa semacam je kat tekak, hidung. hari ni aku keep on saying "kenapa rasa manis kat lidah"... kenapa ye? pastu kat dalam hidung macam melekat satu bau yang sangat wangi dan menusuk dan menyakitkan. kenapa ek? ada siapa-siapa tau tak ini simptom untuk apa? takut pun ada.

tadi ada test turbo. ermm... mungkin perlu usaha lebih lagi dan perlu kurangkan buat dosa. dan perlu ubah diri. dan perlu tambah semangat. it's not about giving up, it's about not even trying. kenapa aku jadi macam ni? takut lagi sekali.

harap-harap kepala ni berhenti berpinar-pinar. ya Allah, aku memohon padaMu. kuatkanlah aku. rajinkanlah diriku. berikanlah semangat kepadaku ya Allah. bantulah aku ya Allah.