Apr 25, 2010

sahabat sejati

jom kita cuba nilai kawan-kawan kita,, yang mana sahabat sejati. niat aku bukan to judge poeople,, but to know our friends, untuk tau kawan mana yang tergolong dalam kategori sahabat sejati. bak kata jejaka matang, "biha, kawan-kawan aku ada tiga golongan; friend, good friend, best friend". ohh, dalam masa yang sama, cuba nilai diri kita sama ada kita ni sahabat sejati atau tak.

Imam Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: "wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut;"

1. jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu

2. jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu

3. jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

4. jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

5. jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

6. jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

7. jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

8. jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

9. jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu

10. jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

11. dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

12. jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

13. jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu

14. dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

"sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya" (hadis riwayat al-Hakim)

2 comments:

Liyana said...

aku kenal ko sebagai sahabat yang baik....

be happy nabeh :)

biha said...

yana,,aku terharu! :) thank u!!