Apr 27, 2010

sweeter than candy

senario: sedang ym dengan sorang jejaka. tiba-tiba ada phone call. jam 1.25am. nombor tak dikenali.

nabihah : weyh, ada number ni tak
_ _ _ _ : mana?
nabihah : 012**16131
nabihah :saja tanya ko
nabihah : dia baru call ni
_ _ _ _ : takde?
_ _ _ _ : dia call ckp pe?
nabihah : ofcozla ko takde kan
nabihah : tak ckp pape
nabihah : aku angkat cakap helo 2,3 kali
nabihah : then dia letak
_ _ _ _ : owh
_ _ _ _ : huhu
_ _ _ _ : takdelaa
_ _ _ _ : nk aku tanya kan?
nabihah : boley gak
nabihah : hehe
nabihah : kalau laki
nabihah : ko ckp
nabihah : "ko sape?nak kena belasah?"
nabihah : haha
nabihah : :))
_ _ _ _ : laki laa
_ _ _ _ : tp aku tak cakap la camtu
nabihah : ko ckp ape
_ _ _ _ : aku tanye ni sape
_ _ _ _ : pastu dia letak
nabihah : weirdo
nabihah : mesti dia cuak dgr suara ko
nabihah : macam ganas
nabihah : thanx :)
_ _ _ _ : huhu
_ _ _ _ : pasni kalau dia kacau lagi
_ _ _ _ : bagitau
_ _ _ _ : kali ni aku marah betul
nabihah : terharu
nabihah : ;;)

selama ni.kalau aku cakap kat mana-mana jejaka, ada dapat phone call dari unidentified caller and angkat phone dia tak cakap apa-apa,, jejaka itu akan berkata: "abaikan je". simple predicted answer from any guy. tapi jejaka ini, dia sangat sweet. siap offer nak tolong call and tanyakan siapa unidentified caller yang bengong call pagi-pagi buta tu. siapa yang teringin nak kenal jejaka ini sila hubungi aku ye.hehe :)

p/s: dialog diubah sikit-sikit untuk kesesuaian pembaca :)

perasaan

siapa kat sini yang pernah berjaya mengawal perasaan?
pernah tak hadapi situasi mulut cakap lain, tapi hati cakap lain?
pernah tak kau tau yang sorang tu kutuk kau kat belakang tapi kau still kawan dengan dia?
pernah ke kawan kau mintak tolong kau, kau tak nak tolong, tapi tolong jugak sebab terpaksa?
pernah tak kau tak puas hati dengan rakan sekeliling?
pernahkah kau tiba-tiba rasa sedih lalu menangis?
pernah tak kau ada perasaan kat sorang tu tapi kau tiba-tiba tau dia dah kepunyaan orang lain?
pernah ke ex kau contact kau bagitau dia dah nak kahwin?
pernahkah kau rasa marah sampai berlinang air mata?

kita mungkin mampu kawal perasaan kita,, kadang-kadang. but up to some point, we would realize that it hurts when we lie to ourselves.

Apr 25, 2010

sahabat sejati

jom kita cuba nilai kawan-kawan kita,, yang mana sahabat sejati. niat aku bukan to judge poeople,, but to know our friends, untuk tau kawan mana yang tergolong dalam kategori sahabat sejati. bak kata jejaka matang, "biha, kawan-kawan aku ada tiga golongan; friend, good friend, best friend". ohh, dalam masa yang sama, cuba nilai diri kita sama ada kita ni sahabat sejati atau tak.

Imam Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: "wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut;"

1. jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu

2. jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu

3. jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

4. jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

5. jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

6. jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

7. jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

8. jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

9. jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu

10. jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

11. dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

12. jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

13. jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu

14. dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

"sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya" (hadis riwayat al-Hakim)

Apr 23, 2010

pendakian pertama


seperti biasa, tajuk mesti nak gempak. seolah-olah ada pendakian kedua, ketiga etc etc. hihi.
pendakian bukit broga. macam aku cakap (aka tulis) dalam post sebelum ni, pendakian ini adalah satu pencapaian hebat bagi aku. sebab aku tak pernah mendaki bukit okay.

bukit broga terletak kat semenyih. lokasi lebih tepat sila google map sendiri. nak tanya aku memang aku tak ingat. mula-mula sekali dengar pasal broga ni waktu anas mendaki broga dan ditag dalam facebook. gambar-gambar kat sana memang subhanallah, cantik sangat. maka aku yang suka mensurehebohkan semua perkara pun mengajak rakan-rakan dan mempromote page serta gambar-gambar anas itu. nak jadi cerita semua orang nak pergi. sebab:

i) pemandangan yang subhanallah cantik sangat-sangat.
ii) menurut perkhabaran di internet, pendakiannya teramat mudah.
iii) life semua orang sangat bosan.

berangkat pukul 5pagi dari port dickson menjanjikan scene matahari terbit dari dalam kereta. haha, jika anda mahu gambar matahari terbit, sila pergi awal.

antara persiapan nak mendaki bukit broga: stamina, air, camera. cukup. kalau kau nak bawa tripod ke payung ke suka hati la kan.

pendakian mengambil masa sekejap je. dalam 30minit ke sejam. kalau banyak stop, lama la kan. bukit broga ni ada empat peak (puncak). nak sampai ke peak pertama tu yang paling challenging, yang lain dah senang je. kalau nak gambar kat "selamat datang ke puncak bukit broga 400m" punya signboard sila la teruskan pendakian hingga ke 4th peak.

oh, lagi satu pesanan, pendakian dia tidak mudah untuk orang yang tak biasa mendaki. give it a try, the view is worth all the penat lelah. i give u my word, and of course, my pictures;


sadiq, najmi, gadis misteri, mayo

najmi bersama gadis misteri lagi

gadis misteri bersama mayo dan sarah

gadis misteri yang masih tak diketahui siapa

kanan sekali is hah, chemical engr. sebelah dia syiha. lain semua dah sebut. plus gadis misteri

muka penat tak? :)

sekian terima kasih. jemput-jemputlah ke broga. spectacular view. u won't regret it! :)

p/s: aku tak sehebat sheera in editing pics. mungkin sifu sheera boleh jadi tutorku? *battling eyelashes*







Apr 21, 2010

padat dan tepat

aku dah lama niat nak update blog ni. tapi apakan daya. diriku sebok; siang kerja, petang karaoke, malam clubbing. esoknya siang kerja, petang karaoke, malam clubbing. the cycle goes on. sebab tu aku tak sempat nak update. (bajet macam berjuta-juta reader tunggu update kan).

update yang ringkas dan padat untuk tontonan umum:

1. aku dah berjaya mendaki bukit broga. ini pencapaian hebat! aku akan cerita lebih lanjut dalam post lain.

2. aku dah beli camera.

3. aku dah tak stress dengan perhubungan rakan sekerja (as for now).

4. aku sekarang kembali ke nabihah yg sebok bersukan etc etc. (ok, aku tipu, clubbing sebenarnya)

5. aku bakal lebih sebok dengan aktiviti-aktiviti hari minggu. aim terdekat is terengganu. wan nurdiyana, here i come!

6. berjaya tukar mentol bilik mandi yang terbakar.

7. nak panjat tower paling tinggi kat esso PD refinery, tapi sebab banyak kerja tak tau ada peluang ke tak.

8. aku dah semakin banyak perbualan bersama jejaka comey. clap clap.

9. aku nak cuba try test water therapy. aku akan cerita pasal ni kemudian.

aku tengah seronok dengan life sekarang. alhamdulillah.

Apr 12, 2010

dont ask me why

pelik tak bila kawan kau, yg tak berapa nak rapat dengan kau, keep on questioning u:

"kenapa kau buat macam tu?"
"kenapa kau pakai seluar tu?"
"kenapa kau tulis macam tu?"
"kenapa kau nak cakap macam tu?"
"kenapa kau tak tulis macam ni?"
"kenapa kau makan tu?"

kenapa kenapa kenapa kenapa
dem it. please stop asking me why. please stop bugging me.
kau tak pernah nak ada cara sendiri. kau suka follow cara orang.
kau jangan suruh aku follow cara kau yg kau sebenarnya tiru orang tu.
kau jangan sibuk dengan life aku.

aku delete kau dari life aku.

p/s: aku pun bukan baik. tapi at least aku tak talam dua muka macam kau kau kau yg berkenaan.