cover album
actually, kitorang (yana dan aku) start plan nak celebrate birthday sheera ni time baru je bertemu dan menghilangkan rindu. haha. since yana dah pandai buat cuppies, so kita plan nak buat jumaat petang dan malam lalu sabtu celebrate.
tapi malangnya, atas dasar jadual minggu pertama yang berubah-ubah dan tidak tetap (ye, dua ni membawa maksud yang sama, suka hati aku la nak redundant pun), tiba-tiba jumaat petang yang free itu terbitlah satu kelas tutorial advanced heat bersama tutor ding. maka plan pun lari-manusia merancang, Allah yang menentukan.
perjalanan bermula selepas asar. pergi menjemput sue di vista. jam teruk kerana pasar malam. lepas tu pergi kedai kek. nak beli barang, tapi kedai kek tu macam 'beng' (sarah, izinkan saya pinjam perkataan favorite sarah). dahla pekerja tak user-friendly, pastu colouring yang kitorang plan nak beli pun takde. pastu nak beli gula pun takde siapa nak bagitau yang gula tu sebenarnya dalam peket yang berharga rm9++ maka cari yang packing biasa tu tak jumpa. *emo sebentar*
lepas kedai kek, perjalanan diteruskan ke rumah kak nor untuk mengambil oven. untuk apa oven? aku biarkan korang fikir sendirila sebab apa kena ada oven ni. takkan semua nak spoon feed kan? nasib baik kelisa yana yang comey tu muat semua kejadah ni :)
disebabkan jam yang menarik (positive thinking-elak stress), perut kami semua berkeroncong. maka plan untuk ke pasar malam sentul terus dilaksanakan lepas solat maghrib. turun-turun je, "aik, pasar malam dah takde?omaigod". mulut yang terlebih ramah ini pun menegur seorang budak lalu bertanya. rupa-rupanya pasar malam dah berubah tempat. bagus! naik balik ambil kunci kereta lalu pergi juga pasar malam yang kini sangat sempit macam dalam komuter pada jam 5 petang. sepanjang lorong pasar malam tu memang bergesel dengan orang. tahniah. lalu setelah membeli nasi dagang berlaukkan paru (sebab ikan tongkol dah tinggal kepala je) beserta tofu fa basi, kami pulang ke rumah yana di sentul.
ehh panjangnya belum cerita pasal cuppies lagi ni. pasal cuppies simple jek.
barang-barang yang diperlukan:
penimbang
tepung gandum (ehh terkecik pulak gambar tepung gandum. aku peduli hape kan?)
gula icing untuk buat icing
baking powder, pewarna,
susu pekat
tepung gandum (ehh terkecik pulak gambar tepung gandum. aku peduli hape kan?)
gula icing untuk buat icing
baking powder, pewarna,
susu pekat
memukul tanpa telur, tambah gula lalu sambung memukul, tambah telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga naik
setelah naik, sila gunakan sudu dan masukkan satu persatu ke dalam cup lalu ke dalam oven untuk (sila fikir sendiri fungsi oven):
setelah naik, sila gunakan sudu dan masukkan satu persatu ke dalam cup lalu ke dalam oven untuk (sila fikir sendiri fungsi oven):
hik hik
sambutan yang sangat simple di taman tasik perdana:
hoi gadis misteri!
seriously tak faham kenapa gadis misteri mesti nak garang-garang macam ni
daripada yana, biha, sue, tia, khas untuk kamu, nurul shaheera abd rahim
p/s: masih tak mahir menggunakan photobucket
p/p/s: masih tak mahir menulis blog
p/p/p/s: mintak maaf sangat-sangat keropok lekor sebab kamu menu utama tapi aku tak tangkap satu pun gambar kamu..heeeee
4 comments:
Omg baca entri ini sambil hampir menitiskan tahi mata. eh silap...
air mata maksud saya. haha
susah payah kamu semua demi saya. pakwe i pun tak segigih kamu semua (walaupun hakikatnya x wujud.haha)
Thank u so muchie! =) Hari yang paling happy dalam minggu yang sungguh miserable. Tsk. Semoga hari-hari yang mendatang lebih bermakna untuk kita semua . ;D (omg ayat mcm org matang)
Salam 1malaysia. XD XD
Na like entri tapi tak boleh pula. Nabihah tulun tambah button like plis! kekeke^^
banyaknye cupcakes!
she:: plis ajar aku mcm mane nak tmbh butang like! anda mmg semakin matang...moga kita dpt bersame2 mnghadapi final yr dan turbomachinery dgn gigih.
iby:: iby nak jugak ke?nnt biha nak ajak mieza buat pulak~
Post a Comment