Nov 20, 2011

oooooo

lama tak update blog. takde cerita sensasi pun. aku bukanla geng geng jalan jalan cari makan atau geng melancong. atau geng suka try berbagai resepi. and aku pun tak aktif bersocial.so takdela cerita hangat untuk di share.

bukan life aku dull. aku seronok dan happy je. banyak je yang aku buat. cuma aku tak willing to share. belum masanya lagi.

aku baru balik dari wedding ex-schoolmate aku. hannah. 10-15 minit dari rumah aku je rumah dia yet aku yang ignorant ni tak pernah tau pun. sorry hannah. it's always nice to attend weddings. the only one who's crying is kanak kanak tak berakal yang tengah buat perangai atau ibu ibu yang menangis kegembiraan. ye aku mengarut. congratz hannah. moga bahagia sampai syurga.

and who's turn is next? haha.

aku sebenarnya takde update. dah pindah rumah sewa. kerja masih tempat sama. dah makin gemuk. ok bosanla. till next time. bye.

Sep 22, 2011

taktau nak letak tajuk apa

ramadhan dah habis. memang lama dah habis. aku je tak update blog ni. bagi aku bila ramadhan dah habis tak best. perasaan dia lain bila bulan ramadhan. tapi ada satu ideologi kat malaysia ni, pasal makan. bulan ramadhan je, banyak je jemputan sana sini untuk berbuka. officemate, roommate, housemate, ex-schoolmates, ex-highschoolmates, ex-kindergardenmates. time bulan ramadhan semua nak gather nak berbuka ramai-ramai kongsi gosip dan update terbaru pasal diri dan pasal kawan-kawan lain. in other words, pagi puasa, malam makan banyak gila+gelak macam syaiton+mengumpat tambah dosa.

bulan syawal pulak, ideologinya ialah buat openhouse.weekend je bersepah openhouse.sampai tak terkejar and tak terhadir. jalan jadi jem serupa weekdays time orang kerja.

tapi aku bukan nak kata dua ideologi ni salah. bagus untuk kita mengeratkan silaturrahim, jumpa balik kawan-kawan lama, belanja makan ramai ramai. tapi biar berpada. aku bukan ustazah pilihan nak bagi lecture etc. cumanya bila sesuatu benda tu over, semua akan jadi tak best sebab islam suruh kita bersederhana. and bulan ramadhan bukan bulan makan. ramadhan bulan ibadah.


cukupla lecture kali ni. bajet je aku ni. so, update. currently baru balik dari Outward Bound Malaysia. luckily course yang aku attend is just for one week. aku macam zombie dah sebab tangan dengan kaki dah macam tak function. punyala lembik si nabihah ni. nak baca detail boleh layari laman sesawang OBM tu sendiri. course aku merangkumi dua major activities, berkayak ke Pantai Syawal dan hiking+trekking. memang penat gila, mental memang kena kuat, bukan je fizikal. sebab bila dah penat nak mati tu orang dah start marah marah and emo etc. all in all it was a great experience for me yang lembik dan kemungkinan takkan nak buat lagi kecuali dengan suami tercinta kalau terpaksa.

kalau sesiapa yang berminat bolehla try join course kat OBM ni. seminggu rm1500. best. agak agak kalau nak lagi adventure baik naik kinabalu. haha.

tu jela kot. update pun berkecamuk sebab otak berkecamuk. moga Allah permudahkan urusan kita semua. amin.. ohh... jemputla datang 6oct ni aku convo, sesi petang. tak payah bawak hadiah takpe, time ni je boleh nak jumpa :)


p/s: i <3 my hero :)

Aug 23, 2011

bila orang atasan melampau cerewet

senang je. abaikan. agak-agak dia tak puas hati nanti dia buat balik benda tu. tak perlu stress sebab offended yang dia tak terima kerja kau. asalkan kau buat kerja. and asalkan kau sentiasa tersenyum sebab happy sebab benda lain (ngarut dah.haha).

Aug 21, 2011

:')



seluruh hidupku serahkan kepadaMu ya Allah



Aug 20, 2011

masih belum cukup

10 malam terakhir...
ramadhan tahun ni rasa kejap sangat. and rasa lain sangat, mungkin sebab dah kerja. kemeriahan ramadhan tu tak rasa sangat. sepatutnya kena meriah kan?kan?

kawan kawan yang sama kes macam aku, jom manfaatkan 10malam terakhir ni sebaik baiknya?yang baru merangkak baca qur'an dua tiga page tu jom kita banyakkan, yang biasa bangun sahur untuk makan tu jom kita tambahkan solat sunat, yang biasa dalam traffic jam tu memaki maki driver lain jom berzikir, yang biasa kedekut tu jom kita bersedekah..

kawan kawan yang dah banyak beribadat sepanjang 20 hari yang lepas, sila tambah lagi. belum cukup lagi tu. hihi.

jomlah kita tambahkan apa yang patut, mana tau ini ramadhan yang terakhir.

thank u kawan kawan sebab concern pasal dua post sebelum ni. :')



p/s:minta maaf ye, tahun ni masih belum mampu nak bagi duit raya. kalau ada budak budak ketot yang nak mintak jugak, sampul tnb ada la. maaf ye.


Aug 19, 2011

:'( :'(

nak pergi terjun bangunan boley?

:'(

:'( :'( :'(

Aug 13, 2011

salam ramadhan

salam kawan kawan. macam mana progress amal? ada peningkatan tak? dah pertengahan ramadhan dah ni... masih belum terlambat kalau nak update amal, nak increase iman, nak reduce dosa, nak double-up sedekah. jom jom http://www.emocutez.com

ohhh pastu kan. kalau dah buat semua tu jangan la riak dan bangga. banyak lagi dosa kalau nak dibandingkan dengan seciput amalan yang dibuat yang belum tentu lagi ikhlas dan belum tentu lagi istiqamah. betul tak? hurm?

a little update pasal diri aku;
  • currently menyewa bilik di vista angkasa
  • kerja makin menyibukkan diri
  • masih belum ada mood nak pergi berfoya-foya sebab badan masih belum dapat sesuaikan diri dengan kepenatan.
entah pape punya update kan? kehidupan kerja ni memang sangat meletihkan kalau kamu kerja kat kL. please la kalau kau boleh pilih, jangan pilih kL. tapi jangan nak demand sangat nabihah, bersyukur dengan apa yang ada.

hurm. cakap pasal bersyukur ni, semalam ada incident yang sangat menguji tahap kenangisan aku (padahal sebelum semalam lagi teruk nanges sampai mata bengkak bengkak.haha).. cuma nak share la. semalam time aku kena benda tu, ada la terdetik "apa dosa aku". tapi lepas tu terfikir lak, selama ni, Allah bagi kesenangan macam macam, cukup sempurna untuk hidup, Allah bagi kejayaan, Allah bagi peluang pekerjaan, Allah bagi encik captain, Allah bagi semua yang elok-elok, aku tak pernah lak nak terdetik "apa yang aku dah buat sampai dikurniakan semua kesenangan ni". kita selalu rasa tak adil bila susah. tapi bila kita senang, kita tak pernah rasa benda tu tak adil (maksud aku tak adil sebab kita banyak dosa, kita tak layak untuk dikurniakan kesenangan sebanyak tu).


"Allah tak bagi lagi. Kena redha."

ayat dalam satu mesej yang buat aku tergamam tak terkata. mungkin simple je ayat ni tapi memang sangat hebat kalau keluar dari mulut orang yang mendapat kesusahan. sebab selalunya ayat macam ni akan keluar dari mulut orang yang nak menenangkan orang yang kena kesusahan. moga Allah merahmati insan yang berfikiran macam kat atas ni.


tu je dari aku. mana yang faham tu okla, yang tak faham tu try la fahamkan. agak agak dah faham tu try amalkan. ingat, kita mintak banyak dari Allah, Allah tak mintak apa apa dari kita.


p/s: doakan aku kuat.
p/p/s: i love ramadhan.
http://www.emocutez.com

Jul 23, 2011

tnb janamanjung

dah dua minggu aku start kerja kat tnb janamanjung bawah projek "1x1000MW Manjung Coal-Fired Power Plant". cepat kan masa berlalu? hihi.

so, a brief introduction pasal projek ni. basically projek ni adalah satu projek di bawah IPP iaitu TNB Janamanjung Sdn Bhd, sebuah anak syarikat TNB. both parties signed an engineering, procurement and construction agreement with a consortium led by Alstom Power System. projek ini melibatkan expansion (ke penambahan?) of tnb punya existing coal fired power plant kat manjung. existing is tiga bijik sub-critical power plant, setiap satu produce 700MW. and yang nak dibina is 1000MW supercritical power plant.

maka sesungguhnya aku terlibat dengan projek ni. yang aku dulu time belajar turbomachinery aku main main dalam kelas, time belajar thermodynamics aku sambil lewa je. sekarang semua tu kena tau. barulah terhegeh-hegeh cari balik buku turbo, buku thermo untuk kukuhkan basic. tapi sebenarnya berlambak lagi nak kena tau. aku bawah bahagian 'coal-handling'. setiap kali aku ulang perkataan coal-handling tu, ummi akan tanya "coal tu apa?". haha, coal tu arang batu ye kawan-kawan.

dalam dua minggu ni biasa la, kerjanya banyak menghadap manual untuk tambah ilmu. start next week aku akan terlibat dengan kerja yang mencabar. wait and see cabarannya.

i hope with this opportunity given by tnb, memilih aku untuk ditempatkan di bawah projek, aku akan dapat belajar banyak. what will happen after 7 years, kita tengok je nanti. as for now, tingkatkan prestasi, erkk, majukan diri.ngeeee http://www.emocutez.com


p/s: thank u so much encik captain sebab memberi sepenuh sokongan kepada aku yang masih tak reti nak berdikari ni :)

Jul 1, 2011

new chapter


next week-new chapter of my life

Jun 17, 2011

model ketot

Photobucket

saya tak reti edit gambar.

Jun 16, 2011

balik kg

peristiwa ni berlaku ketika cuti sekolah.. hurm. musim buah dah nak tiba. bila aku cakap 'dah nak' tu maksudnya aku tak sempat merasa buah buah kat kg... T_T

nikmatilah buah buahan belum masak serta bunga bunga wonderful melalui lens camera murah sy:


Photobucket

Photobucket

Photobucket
encik durian



Photobucket
perjalanan mencari buah

Photobucket
puan manggis

Photobucket
abang nangka

Photobucket

Photobucket
kak rambutan

Photobucket
hi bunga oren

Photobucket
hi bunga purple-pink (so lame)

Photobucket
lepas main ni tak lama kena marah dengan tokwan sebab nanti ikan mati. haha. padan muka

Photobucket
abah: kat rumah pun ada bunga ni..
fine, saya tak pernah tahu =.=

Photobucket
tolongla tengok cactus setinggi abah..eh abah pun takla tinggi mana

Photobucket
jalan punya jalan terjumpa monyet

Photobucket
ehh ayah monyet pun ada?

Photobucket
teringin la tu nak jadi monyet jugak



saving the best for the last.

Photobucket
buah anggur!! jangan main main kat penang ada tau. ye aku tau. tak lawak langsung


sesiapa yang ada dusun tu. janganlah malu malu offer aku join makan buah. kat bachok pun aku sanggup pergi. ecehh :">


.mati.

hi u olz! dah lama i tak updatew blog ni kan... u olz mestiw rinduw i kan? kan? *muntah muntah*

ye dah lama aku tak update. been kind of busy,, with erm... things. update pasal life, aku dah habis buat thesis, dah habis exam, ehh result pun dah keluar and alhamdulillah aku akan grad dengan izin Allah October ni...

kembali ke topik asal, mati. mati itu pasti. aku bukan someone yang pandai bersastera, aku jugak bukan someone yang banyak ilmu so aku takkan ulas lebih lebih soal mati ni. sentuh sikit je.

  • mati
last two weeks, on 1st June, my aunt passed away. yesterday, 15th June, my great aunt passed away... dua dua kes ni memang big shock kat aku yang tak pernah hadapi situasi ada saudara yang meninggal. mati tu tak kira tua atau muda, tak kira sebab, sakit atau sehat. time aunty aku meninggal tu, aku macam tak percaya je. terngiang ngiang suara dia. malam malam aku mimpi dia masih hidup. bila bangun pagi aku kena cakap kat diri aku "aunty dah takde, it wasn't a dream". dalam tv kalau tengok cerita, sedih macam mana pun orang tu mati, esok ada cerita lain pelakon sama boleh berlakon kahwin 3 isteri (ok, tak lawak).

aku jadi takut. my cousins, if i put myself in their shoes, i don't think i can survive without a mom. bukan je ibu, ayah, adik beradik, saudara mara, kita tak tau bila kita akan dipisahkan. so sekarang ni, apa kata kita hargai diorang semua. hargai every moment. yang duduk jauh tu call selalu tanya khabar. my aunt rahsiakan penyakit dia. bila kitorang dapat tau, dah terlambat. tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri sendiri. sebab tak pernah langsung rajinkan diri call saudara mara tanya khabar. bukan je saudara mara tapi kawan pun sama. appreciate them.

  • funeral
dalam tempoh dua minggu aku jejakkan kaki kat dua tanah perkuburan. and aku saksikan pengurusan jenazah my great aunt. benda ni buat aku terdetik yang aku perlu mantapkan ilmu pengurusan jenazah. dah pergi banyak kali kursus time sekolah dengan time kat UM, tapi still bodoh. sebab apa? sebab tak pernah nak ambil kisah. sebab berlagak. nauzubillah.

selain membuatkan yang hidup kembali insaf, funeral juga memainkan peranan untuk mengumpulkan ahli keluarga atau kawan kawan. it's sad, i know. tapi time ni je semua orang yang terlalu sibuk dengan kehidupan masing masing akan boleh bercuti and hadirkan diri. di samping tempat menangis ia juga menjadi medium menyatukan keluarga. pandangan sahaja, sorry kalau ada yang tak puas hati. kalau tak nak benda macam ni jadi, resolusinya seperti di atas, sentiasa keep in touch.

  • tanah perkuburan
my aunt dikebumikan kat tanah perkuburan selat, klang. my great aunt dekat tanah perkuburan jalan kuari, cheras. tanah perkuburan selat tu luas yang amat. siap jentolak yang buat kerja korek dan timbus. tanah perkuburan jalan kuari tu, terlalu sempit dan full sampai bila korek lubang terpaksa pijak kubur lain. ruang nak berjalan antara kubur dalam 3-4 inci (ini bukan exaggeration). semalam aku sampai terfikir, mungkin ke, satu hari nanti, kita perlu beli tanah untuk cop tempat kalau mati? semalam mak aku cakap, yang tanah perkuburan selat tu pun asalnya dah tutup sebab penuh. tapi Majlis Perbandaran Klang beli tanah paya, tambak, dan jadikan kawasan perkuburan baru. sedih kan? tapi aku takleh komen pasal ni sebab tak tau sangat.


ohhh lupa nak cakap, aku sekarang surirumah :)

p/s: to those yang baca post ni mintak tolong sedekahkan alfatihah & yasin kat aunty & nenek long saya. thank u.


Apr 27, 2011

don't judge me

dah lama tak update.

ni luahan perasaan sikit je.
don't judge me.
mungkin aku memang jahat, kuat bersocial, suka clubbing.
tapi kau, takde hak nak judge aku kalau kau tak kenal aku.
and sebaik mana pun kau.
bukan tugas kau untuk judge aku.
bukan jugak tugas kau untuk hukum aku.
sebab kau pun manusia jugak.
dan mungkin kau rasa kau berjuta kali lagi baik dari aku sebab tu kau nak judge and hukum aku.

and soal manusia berubah kerana cinta?omaigod is this really an issue.
manusia memang berubah ubah kot.
kalau tak berubah tak ke pelik.


p/s: good luck final


Mar 10, 2011

zzzzzzzz....

dua tiga hari ni tak cukup tidur. sebab asyik mimpi macam-macam dan terjaga banyak kali. assumption yang boleh dibuat adalah aku terlalu banyak berfikir. otak tak stop berfikir. mungkin sebab agenda yang tak teratur dalam hidup ni.

so, langkah pertama yang aku boleh buat untuk perbaiki situasi ni ialah, sila elakkan perkara yang boleh menambah beban pemikiran (yang boleh dielak).

mungkin kamu kamu dan kamu tak berpuas hati dengan aku. aku minta maaf. tapi buat masa sekarang aku tak mampu nak puaskan hati kamu kamu dan kamu. bukan kejam, bukan keras hati, tapi aku tak rasa aku mampu. jadi kalau tak puas hati dengan aku, nak suarakan, silakan. tapi aku akan buat tak tahu. fullstop.

and kepada kamu yang aku rasa sangat mencari pasal dengan aku, buat masa sekarang anda diletakkan dalam recycle bin otak aku. kalau bernasib baik akan di'restore'. kalau tak, aku tak rasa akan ada effect kat hidup aku mahupun hidup kau.

Mar 8, 2011

semoga

semoga.
dengan kesibukan dunia ini.
aku tak lupa padaMu ya Allah.


Feb 16, 2011

define lonely

define lonely.

bila seseorang tu sentiasa jalan sorang-sorang makan sorang-sorang tak bergaul rapat dengan orang lain, adakah itu lonely?

atau

bila seseorang tu hidup dia hanya fokus kepada kerja kerja kerja dan tiada teman lepak, adakah itu lonely?

atau

bila seseorang tu tiada pasangan, adakah dia lonely?

atau

jika seseorang itu kalau ditanya "siapa bestfriend kamu?" dan jawapannya hanya silence, adakah dia lonely?

atau

entah. cuba define sendiri.

agak-agak sedih tak kalau lonely? sebab apa perasaan sedih tu timbul. takde tempat mengadu kalau ada masalah. takde tempat nak share kalau ada makanan sedap-sedap. takde kawan untuk happy sama-sama.

ni macam fitrah manusia la kan. kalau ada benda best/tak best jadi dalam everyday life kita, sekurang-kurangnya mestilah nak cerita kat someone kan? macam mana kalau tak ada someone tu? yang aku biasa observe la. kalau tak ada someone tu. orang akan try carik someone else. atau dia akan cerita je kat siapa-siapa yang kebetulan ada dengan dia.

so tiada kesimpulan. saja kesian tengok blog ni terkubur.

rasa nak makan aiskrim.



Jan 17, 2011

sweet+kiut = swiut?

haha tiba-tiba rasa nak tulis something. pasal kursus yang aku attend last weekend tu tak payah kot cerita sini. kalau nak tau sila pm saya. haha.. bukan tak nak share knowledge tapi banyak sangat untuk dikongsi dan tak reti nak tulis pun.

erm..

nak cakap apa ye.

awak awak,

macam mana time dinner yang sepatutnya ala-ala separa formal

awak boleh pusing belakang

offer dessert kat orang luar

and siap nak step out of the formal zone lagi sebab nak bagi dessert tu kat orang luar tu?

hurm?

awak ni swiut sangat la.




p/s: thank you for being wonderful :)

Jan 15, 2011

ikhlas

ikhlas ni sangat penting.

kalau aku nak berubah contohnya, sebab orang suruh, ikhlas ke?

kalau try nak jadi someone better (konnonnya nak ikhlaskan hati), tapi orang nampak yang buruk je, agak-agak aku nak ke jadi someone better tu?

kalau aku sememangnya ikhlas dengan seseorang, tapi orang nampak macam aku nak buat dosa je, kau tak rasa ke ada something wrong dengan orang ni?

ohh pastu kan, kalaula orang baik sangat, pergila tegur semua orang jahat yang dia kenal. ke sepanjang dia hidup, orang jahat yang dia kenal adalah aku sorang? too bad for u wahai orang, life is much more tougher and full with bad guys, and in my opinion, comparing me to other people in this world, i won't label myself as 'orang jahat'.

orang, maybe u should broaden your horizon, think a little outside of the box maybe?

or at least, don't be biased. u should put an effort in changing the world, instead of changing me.

p/s: i hate you :)

:'(



aku tau la aku macam mana
.
.
.
.
.
.
kenapa kau nak sebok?
.
.
.
.
tak suka la!
.
.
.
.
.
.
.
i hate you! seriously i hate you so much!


Jan 10, 2011

down

i am a total idiot :'(


Jan 9, 2011

it's just a simple effort to make u happy :)


a simple but meaningful quote from tumblr. yes, aku admit aku dah (baru) reti nak pakai tumblr. better late than never, kan?

anyway, yesterday was adventurous. and in my thesaurus, adventurous=fun. an outing without any major plans tapi adventurous. macam mana tu? hurm?

i'm not gonna put any exact details of what we (ehh we?) did yesterday sebab malu. haha. dah tu kenapa kau tulis post ni biha oi..

summarizing 8th of january, 2011:
1. muvee marathon.
2. makan kat seat tempat orang lalu lalang twice.
3. makan baskin robbins sambil berjalan.
4. bowling. *no comment*
5. jalan banyak gila! (bila lagi nak exercise weyh).

sempoi sempoi pun aku seronok. takut syok sendiri je la tapi.


bajet misteri. tak tengok nama pun tau sape menang sape kalah.

tu je gambar yang ada. takde tangkap pun sebab time main bowling baru terkedek-kedek nak keluarkan camera sebab wth,, ni gambar wajib untuk semua orang yang main bowling kan? haha. my life yesterday was wonderful, and it still is. anda mahukan life yang wonderful seperti sy? maka sila visit wonderful life. *wink*


p/s: i hate it when i have an amount of money in my new (perlu ke new?) purse. i really can't control myself into buying things or foods or anything whatsoever. azzam tahun baru: taknak beli baju tahun ni boleh ke?

p/p/s: time to get serious, don't u think?

p/p/p/s: mungkin lepas ni akan berblogging (apakah perkataan berblogging?) dalam bahasa korea?hurm?