10 malam terakhir...
ramadhan tahun ni rasa kejap sangat. and rasa lain sangat, mungkin sebab dah kerja. kemeriahan ramadhan tu tak rasa sangat. sepatutnya kena meriah kan?kan?
kawan kawan yang sama kes macam aku, jom manfaatkan 10malam terakhir ni sebaik baiknya?yang baru merangkak baca qur'an dua tiga page tu jom kita banyakkan, yang biasa bangun sahur untuk makan tu jom kita tambahkan solat sunat, yang biasa dalam traffic jam tu memaki maki driver lain jom berzikir, yang biasa kedekut tu jom kita bersedekah..
kawan kawan yang dah banyak beribadat sepanjang 20 hari yang lepas, sila tambah lagi. belum cukup lagi tu. hihi.
jomlah kita tambahkan apa yang patut, mana tau ini ramadhan yang terakhir.
thank u kawan kawan sebab concern pasal dua post sebelum ni. :')
p/s:minta maaf ye, tahun ni masih belum mampu nak bagi duit raya. kalau ada budak budak ketot yang nak mintak jugak, sampul tnb ada la. maaf ye.
No comments:
Post a Comment