Jun 16, 2011

.mati.

hi u olz! dah lama i tak updatew blog ni kan... u olz mestiw rinduw i kan? kan? *muntah muntah*

ye dah lama aku tak update. been kind of busy,, with erm... things. update pasal life, aku dah habis buat thesis, dah habis exam, ehh result pun dah keluar and alhamdulillah aku akan grad dengan izin Allah October ni...

kembali ke topik asal, mati. mati itu pasti. aku bukan someone yang pandai bersastera, aku jugak bukan someone yang banyak ilmu so aku takkan ulas lebih lebih soal mati ni. sentuh sikit je.

  • mati
last two weeks, on 1st June, my aunt passed away. yesterday, 15th June, my great aunt passed away... dua dua kes ni memang big shock kat aku yang tak pernah hadapi situasi ada saudara yang meninggal. mati tu tak kira tua atau muda, tak kira sebab, sakit atau sehat. time aunty aku meninggal tu, aku macam tak percaya je. terngiang ngiang suara dia. malam malam aku mimpi dia masih hidup. bila bangun pagi aku kena cakap kat diri aku "aunty dah takde, it wasn't a dream". dalam tv kalau tengok cerita, sedih macam mana pun orang tu mati, esok ada cerita lain pelakon sama boleh berlakon kahwin 3 isteri (ok, tak lawak).

aku jadi takut. my cousins, if i put myself in their shoes, i don't think i can survive without a mom. bukan je ibu, ayah, adik beradik, saudara mara, kita tak tau bila kita akan dipisahkan. so sekarang ni, apa kata kita hargai diorang semua. hargai every moment. yang duduk jauh tu call selalu tanya khabar. my aunt rahsiakan penyakit dia. bila kitorang dapat tau, dah terlambat. tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri sendiri. sebab tak pernah langsung rajinkan diri call saudara mara tanya khabar. bukan je saudara mara tapi kawan pun sama. appreciate them.

  • funeral
dalam tempoh dua minggu aku jejakkan kaki kat dua tanah perkuburan. and aku saksikan pengurusan jenazah my great aunt. benda ni buat aku terdetik yang aku perlu mantapkan ilmu pengurusan jenazah. dah pergi banyak kali kursus time sekolah dengan time kat UM, tapi still bodoh. sebab apa? sebab tak pernah nak ambil kisah. sebab berlagak. nauzubillah.

selain membuatkan yang hidup kembali insaf, funeral juga memainkan peranan untuk mengumpulkan ahli keluarga atau kawan kawan. it's sad, i know. tapi time ni je semua orang yang terlalu sibuk dengan kehidupan masing masing akan boleh bercuti and hadirkan diri. di samping tempat menangis ia juga menjadi medium menyatukan keluarga. pandangan sahaja, sorry kalau ada yang tak puas hati. kalau tak nak benda macam ni jadi, resolusinya seperti di atas, sentiasa keep in touch.

  • tanah perkuburan
my aunt dikebumikan kat tanah perkuburan selat, klang. my great aunt dekat tanah perkuburan jalan kuari, cheras. tanah perkuburan selat tu luas yang amat. siap jentolak yang buat kerja korek dan timbus. tanah perkuburan jalan kuari tu, terlalu sempit dan full sampai bila korek lubang terpaksa pijak kubur lain. ruang nak berjalan antara kubur dalam 3-4 inci (ini bukan exaggeration). semalam aku sampai terfikir, mungkin ke, satu hari nanti, kita perlu beli tanah untuk cop tempat kalau mati? semalam mak aku cakap, yang tanah perkuburan selat tu pun asalnya dah tutup sebab penuh. tapi Majlis Perbandaran Klang beli tanah paya, tambak, dan jadikan kawasan perkuburan baru. sedih kan? tapi aku takleh komen pasal ni sebab tak tau sangat.


ohhh lupa nak cakap, aku sekarang surirumah :)

p/s: to those yang baca post ni mintak tolong sedekahkan alfatihah & yasin kat aunty & nenek long saya. thank u.


No comments: