seruan tiga kali bererti aku teramat bosan.
dan aku malas.
tolong aku.
oh memandangkan sekarang isu hangat di kalangan student mechi batch aku (0708) ialah tentang EAC yang tiba-tiba nak menambahkan sesi pembelajaran kitorang dari 4tahun ke 4tahun setengah. aku pun nak tulis la pasal ni.
EAC melawat UM. pastu dia tiba-tiba rasa macam takde kerja sebab UM terbaik sangat. maka dia timbulkan isu. "encik UM, saya rasa kan. praktikal satu semester tak bersamaan dengan belajar. jadi saya nampak kat sini yang student-student kamu ni hanya belajar 7semester dengan jam kredit yang banyak. mereka sangat rajin dan berdedikasi (yakin je EAC nak cakap macam ni). maka dengan itu, saya rasa, mereka ni perlukan lagi 1semester belajar. sila bertindak ye wahai orang UM"
faham ke weyh?maksudnya diorang nak kitorang tambah lagi satu semester untuk jadikan jumlah semester belajar =8 semester. maksudnya,, jumlah semester kami adalah 8 semester belajar+1 semester intern. maksud lainnya, aku kena grad tahun 2012. end of story. sigh.
aku tau ramai tak puas hati. aku salah sorang yang tak puas hati. yela kan, banyak benda nak consider kalau kena tambah lagi satu semester. nak belajar apa, nak bayar yuran camane, makan pakai semua nak guna duit apa, paling penting, kontrak dengan scholar macam mana (atau bagi orang yang tak bonded, kerja macam mana?nak tunggu setahun lagi ke).
tapi kan. tapi. aku tak mampu nak lawan kalau UM keluarkan notis "pelajar mechi batch 0708 kena tambah lagi satu semester belajar". aku tak mampu nak lawan sendiri. aku tak mampu nak lawan pakai lawyer. aku tak mampu. mungkin kalau student batch aku bergabung untuk menuntut hak, mungkin mampu untuk lawan. TAPI. AKU TAK NAK EAC TAK RECOGNIZE DEGREE AKU.
sekian terima kasih. dan lagi sekali aku nak cakap "aku bosan".
p/s: aku nak charm bracelet..
No comments:
Post a Comment