Mar 21, 2010
intern. part 1.
Mar 20, 2010
bersyukur
aku bersyukur aku dikurniakan sahabat-sahabat dan surrounding yg baik.
aku bersyukur nurul hamiza a.k.a best friend aku tak pernah kecewakan aku.
aku bersyukur coursemate aku bukan jenis yang mereka-reka cerita pasal orang.
aku bersyukur sikap aku macam ni.
aku bersyukur aku tau wujud orang baik atas muka bumi ni.
aku bersyukur atas segalanya,, terlalu banyak untuk disenaraikan.
Alhamdulillah.
be yourself!
"kalau kita kawan dengan orang jahat, kita akan jadi jahat"
pernah terfikir tak apa akan jadi bila dua orang berkawan, satu baik, satu jahat, apa akan jadi?
pendapat aku: kalau kau baik, kau tak payah nak buktikan kau boleh jadi jahat etc etc. sila jd diri sendiri. kalau kau jahat, kau try jadi baik.... sebab apa aku cakap macam ni?
sebab aku senang je. banyak buat baik masuk syurga,, banyak buat jahat masuk neraka.
kalau ada orang nak bangkang dengan berkata:
"tajuk: be yourself. tapi nak suruh orang jahat jadi baik"
aku boleh bangkang balik dengan berkata:
"semua orang sebenarnya baik. yang jahat tu cuma pilih untuk jadi jahat,, tu bukan diri dia"
"kalau kau nak kekal jadi jahat, silakan. kubur lain-lain"
sekian.. aku bukan emo,, aku cuma nak meringkaskan benda jadi padat.
p/s: dalam hidup ni kita akan jumpa berjuta-juta sikap manusia. aku tak sangka aku akan jumpa banyak sangat sikap dalam tempoh intern yang singkat ni.
p/p/s: everyone is special. be yourself!
Mar 9, 2010
just an update
Mar 4, 2010
kanak-kanak mati dibunuh
i don't really know how to olah this cerita. this guy friend of mine told me about this. just wanted to share. manusia akhir zaman.
Didera sampai mati
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.
Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.
“Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.
“Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.
“Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya semalam.
Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.
“Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.
“Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa,” katanya.
Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.
Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.
Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.
Source :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20100226233420/Article/index_html
hidup bagaikan roda
- jangan jadikan "takut kepala kena pijak" sebagai alasan untuk tidak berbuat baik.
- jangan sekali-kali buat jahat.
- diam lebih baik dari berkata sesuatu yang tidak berfaedah.
- rahsia is rahsia, tidak boleh diceritakan kepada sesiapa or else dia dah tak jadi rahsia.
- upload gambar dan buat post pasal intern.