Dec 25, 2010

malas

biasala symptom nak bukak sem.
malas nak balik.
ni la yang jadik kalau cuti.
taktau kejadah apa yang bakal disediakan oleh kolej kedua kesayangan semua.
taktau kejadah apa yang bakal dihidangkan oleh subjek-subjek sem depan.
taktau kejadah apa yang bakal dihadapi oleh student dari lecturer-lecturer hebat UM.
taktau kejadah apa yang bakal dimengaruti oleh diri sendiri.
taktau kejadah drama apa yang bakal di'create'.

erm...thinking about it, kejadah tu apa ek dalam english? crap ke? hahaha ok tak kelakar.diam.

tapi fikir lagi sekali, kalau macam tu tak ke whateverurlcrap.blogspot.com boleh di'googletranslatekan' menjadi apa-apaurlkejadah.blogspot.com? hahaha ok tak kelakar lagi sekali.diam lagi sekali.

so kawan-kawan, apa new year resolution?
atau new sem resolution?
any ideas?

ohh pastu mungkin sem ni patut buat satu perkara paling gila sekali yang tak mungkin dilupakan semua orang macam ponteng kelas seminggu ke... atau kawen lari ke... atau satu kelas kecuali cham pergi redang time clas applied vibration and buat report bagi kat drag ke... atau.. any ideas kawan-kawan?hurm?

ok tadi mintak idea untuk azam baru, konon nak jadi baik.sekarang mintak idea nak buat prank lak kan..nampak sangat otak dah mereng.adios amigos.




Dec 22, 2010

drama drama drama

hai. bertemu kembali dalam episod 'emo'.
pernah tak keep track number of friends kat fb?
haha.. aku tak pernah so aku tak dapat detect kalau ada orang tiba-tiba buang aku dari friends.
and aku ni bukan rajin sangat bukak profile orang so aku pun takkan dapat detect kalau ada orang block aku.

tapi.
sakit hati tak kalau ada orang block kau?
dengan sengaja?
and without u knowing the reason?
sakit kan?
kalau aku,, depends jugak siapa tukang block tu.
kalau dia like the most popular human earth kat dunia ni maybe aku terasa gak.
or kalau kitorang like 'besties' tu aku memang makan dalam.
tapi kalau kau tu insignificant kat aku
sangat insignificant sampai aku pun tak pernah nak bukak wall kau
pastu tiba-tiba aku TERbukak wall kau
and muncul "add as a friend"
akan terus terdetik dalam fikiran aku "ada beza ke kau block aku ke tak?"

pastu aku terus tutup wall kau dan makan snickers seolah-olah takde apa-apa yang terjadi.
tapi aku tulis jugak post ni.
sebab apa.
sebab kesian kat orang yang kena block.
atau kena delete.
atau tak di'accept' friends kat fb (ye ni ramai yang pending kat aku, sorry).

aku bersyukur aku tak dikelilingi drama-drama pelik anymore.

i'm grateful for my friends now.

:)

Dec 14, 2010

baskin robbins dan snickers


haniyyah: kak ah, kak ah dah like baskin robbins ke? adik dah like :)

ummi: korang ni tak habis habis dengan facebook.

kak ah: *buat buat tak dengar dan berlalu pergi*


nak dijadikan cerita sekarang ni gejala (ke jelaga?hurm?) baskin robbins tengah hangat dalam rumah aku ni. semua orang (madi dan haniyyah je sebenarnya tapi effect dia sama macam semua orang) tergila-gilakan baskin robbins. tengok page baskin robbins dan berebut nak cakap "adik punya" atau "madi punya". siapa cakap dulu kira aiskrim tu dia punya. tiba tiba kak ah dia datang dan conquer semua sebab jerit paling kuat. eheh.

padahal diorang tak tau yang baskin robbins beserta kek aiskrimnya adalah sangat mahal di alam semesta =.=... takpe, impian tu tetap impian.

maka outing ke mid valley semalam (ye mid valley, bosan kan?) melunaskan impian mereka. jangan salah faham kenapa aku pilih mid valley. mula-mula aku nak pegi tempat lain tapi betul-betul sebelum keluar rumah tu ummi berpesan "bawak diorang pegi tempat yang dik ah biasa pegi. jangan bawak tempat tak biasa"... ok fine, di arah secara halus untuk membawa mereka ke mid valley. hikhik.


seronok gak bawak diorang-diorang ni. bukan tak pernah bawak. haniyyah je yang tak pernah diizinkan untuk ikut. maka dia la yang paling excited. long story short, masuk-masuk kereta time nak balik tu haniyyah terus cakap "thank u kak ah"... hilang penat beb. hihi..


so what's the story dengan snickers? aku tengah gila beli dan makan snickers. rasa nak beli satu kilang je. aaaaaa~~
(malas nak tangkap gambar snickers yang aku borong, nanti korang terkejut dengan selera aku)

p/s: presentation mode=tiada T_T


Dec 2, 2010

doa

kuasa ctrl+c, ctrl+v

Sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Sos (source) dia kat sini haha aku tau aku tau, so lame..


Orang-orang yang tergolong dalam kumpulan berdoa dan diterima Allah adalah

1. Doa ibubapa kepada anaknya

2. Doa anak soleh yg mentaati kedua ibubapanya

3. Doa org teraniaya dan dalam kesusahan

4. Doa seorang sahabat yg mendoakan sahabat dlm keadaan sahabatnya tidak tahu dia didoakan

5. Doa org yg sedang dlm bermusafir

6. Doa org yg sedang berpuasa

7. Doa pemimpin

formula doa:

Usaha + Doa = Orang Mukmin

Usaha + Tak berdoa = Orang Sombong

Tiada Usaha + Doa = Orang Pemalas

yang ni pulak plagiarisme dari sini.


p/s: hasil-hasil plagiarisme.