Nov 13, 2010

apologizing-forgiving

dulu ada sorang ni pernah tegur aku. dia kata "kenapa ek, ko ni. tak pernah nak maafkan orang?"
aku terkedu. ecehh style tak intro?

so, aku tanya dia balik. apesal dia cakap aku macam tu. pastu dia berilah penjelasan atas tuduhan yang aku rasakan tak berasas tu. menurut kawan aku ni, setiap kali dia buat salah and mintak maaf kat aku, tak pernah sekali pun aku cakap "aku maafkan kau". instead, setiap kali aku akan mengelak and just cakap "takpe".

aku tak tau la ada beza ke tak antara "takpe" dengan "aku maafkan kau", tapi yang aku tau, apa yang penting is isi hati orang tu sendiri. kalau setakat melafazkan "aku maafkan kau" tapi dalam hati masih berbekas, baik tak payah.

maka aku bertanya kepada hati "hati biha, ohh hati biha, agak-agak sebenarnya bila mulut biha melafazkan takpe, hati biha rela tak?".. aku tak dapat jawapan.

so sekarang aku nak mintak maaf sangat-sangat kat sape-sape yang aku tak lafazkan ayat "anda dimaafkan" atau yang sewaktu dengannya. dengan berkata "takpe" aku assume aku nak lupakan je benda tu. dalam ertikata lain aku tak nak panjangkan cerita.

takpe juga bermaksud: tolongla blah sekarang, aku malas tengok muka kau nanti aku marah-marah buat sakit hati aku je.

apa-apa hal pun. setiap "takpe" yang keluar dari mulut aku akan end dengan perkara itu dilupakan, insyaAllah. dan bila perkara tu dilupakan, maksudnya aku dah memaafkan. siapa aku untuk tidak memaafkan? siapa aku untuk menghukum? dan siapa aku untuk poyo marah-marah padahal setiap orang melakukan kesilapan. kalau dia ikhlas mintak maaf, sebaik-baiknya tindakan terbaik adalah memaafkan.


p/s: kalau ada perempuan rampas suami aku tak tau aku mampu maafkan ke tak.eheh..