Nov 13, 2010

apologizing-forgiving

dulu ada sorang ni pernah tegur aku. dia kata "kenapa ek, ko ni. tak pernah nak maafkan orang?"
aku terkedu. ecehh style tak intro?

so, aku tanya dia balik. apesal dia cakap aku macam tu. pastu dia berilah penjelasan atas tuduhan yang aku rasakan tak berasas tu. menurut kawan aku ni, setiap kali dia buat salah and mintak maaf kat aku, tak pernah sekali pun aku cakap "aku maafkan kau". instead, setiap kali aku akan mengelak and just cakap "takpe".

aku tak tau la ada beza ke tak antara "takpe" dengan "aku maafkan kau", tapi yang aku tau, apa yang penting is isi hati orang tu sendiri. kalau setakat melafazkan "aku maafkan kau" tapi dalam hati masih berbekas, baik tak payah.

maka aku bertanya kepada hati "hati biha, ohh hati biha, agak-agak sebenarnya bila mulut biha melafazkan takpe, hati biha rela tak?".. aku tak dapat jawapan.

so sekarang aku nak mintak maaf sangat-sangat kat sape-sape yang aku tak lafazkan ayat "anda dimaafkan" atau yang sewaktu dengannya. dengan berkata "takpe" aku assume aku nak lupakan je benda tu. dalam ertikata lain aku tak nak panjangkan cerita.

takpe juga bermaksud: tolongla blah sekarang, aku malas tengok muka kau nanti aku marah-marah buat sakit hati aku je.

apa-apa hal pun. setiap "takpe" yang keluar dari mulut aku akan end dengan perkara itu dilupakan, insyaAllah. dan bila perkara tu dilupakan, maksudnya aku dah memaafkan. siapa aku untuk tidak memaafkan? siapa aku untuk menghukum? dan siapa aku untuk poyo marah-marah padahal setiap orang melakukan kesilapan. kalau dia ikhlas mintak maaf, sebaik-baiknya tindakan terbaik adalah memaafkan.


p/s: kalau ada perempuan rampas suami aku tak tau aku mampu maafkan ke tak.eheh..

Nov 9, 2010

tamak

pernah tak jumpa orang tamak?
sakit hati kan jumpa orang tamak?
kalau orang tu da ada bf pastu flirt dengan laki lain kira tamak tak? *ok lari topik*

nak dijadikan cerita.study month (yes,,month) ni aku telah menjadikan diri aku insan yang tamak.mintak maaf kepada yang tak puas hati a.k.a. jeles.ketamakan aku ni macam tak dapat dikawal.heeeee~

kisah insan tamak bilik:

bilik pertama (main)
B204..ni bilik berdaftar kat 2nd.atas dasar ketamakkan nak bilik ni jugak time study month ni maka aku dicaj rm8.50 sehari.takpe takpe aku tak kisah.duit bukan boleh bawak ke mati pun kan?*wink*


bilik kedua
bilik ni yang aku duduk most of the time masa (bukan ke time dengan masa tu maksudnya sama?bengong) study month ni.duduk bilik ni tak berbayar.bilik ni ada aircond, sejuk sangat, best duduk sini.tido sini pun best.bilik ini dinamakan bbg yakni bilik study 2nd.aku telah meng'invade' sebuah meja sesuka hati aku dan meja ni paling meriah dalam bilik ni.biasala orang meriah tempat dia meriah jugakla kan (bangga bangga).serious aku mintak maaf sangat kat suresh.takpe suresh,lepas exam aku tak conquer dah meja ni.eheh.

bilik ketiga
bilik ketiga ni aku jejak almost setiap hari time study month ni (setakat ni).kalau bukan sebab aku gadis yang lemah lembut sure aku study sini gak malam-malam.sebab tempat ni macam complete jugak.cuma takde teman nak pegi kan.kalau ada teman pun macam takut jugak kalau perempuan-perempuan je (ok macam statement pancing nak ajak laki teman, gatal!).bilik ni sebenarnya bilik kat lab thesis.orang kata malam-malam macam keras gak sini.aku tak tau and tak berani nak amik tau.

bilik tiri
bilik yang telah dianaktirikan adalah bilik dekat persada murni enstek.ye sesungguhnya inilah bilik permanent aku yang telah dianaktirikan lama dah.especially semester ni.bilik tiri,plis jangan marah kat aku.aku janji kalau aku kerja dekat-dekat dengan enstek aku takkan tirikan kau lagi.tapi kalau aku kerja jauh dari enstek mungkin aku terus putus hubungan kekeluargaan dengan kau wahai bilik (ye aku mengarut lagi).


cukupla empat kan?dahla takyah tamak.ok biha, sepatutnya kau buat apa sekarang?hurm?




Nov 8, 2010

re-blog

browsed thru some blogs. dan disebabkan sy=pemalas+bz+kedekut ilmu+sopan santun(ehh?), maka sy hanya mahu reblog.

top 10 biggest brain damaging habits according to world health organization:
  1. No breakfast
  2. Over eating
  3. Smoking
  4. High Sugar Consumption
  5. Air Pollution
  6. Sleep Deprivation
  7. Head covered while sleeping
  8. Working your brain during illness
  9. Lack in stimulating thoughts
  10. Talking
(fatin,2010) gaya thesis gaya thesis..haha!

maksudnya apa nabihah?maksudnya diamla!haha.ok memang kasar guna perkataan diam, tapi dah terbiasa..macam mana ek.kena ubah ni, sebab kalau terkeluar word 'diam' depan bakal mak mertua macam akan terus kena reject je.tak ke?hurm?


p/s: bila nak start study ni?