Aug 31, 2010

:)

malam tadi lepas keresahan, aku mengaji kejap pastu beradu.
bangun sahur rasa bahagia sangat...
thank u Allah :)


resah

ermm..kenapa ye?
sejak semalam seringkali berpinar-pinar tiba-tiba (bukan time baru bangun kalau duduk lama. apekah punya explanation?)

macam mana ek?
sekarang ni rasa bersalah dengan seseorang. perlukah mengelakkan diri?

nak improve diri bagaimanakah?
tengok fb seseorang tadi. terasa diri kerdil sangat. betapa hebatnya orang lain. betapa besarnya kuasa Allah.

mungkin perlu kurangkan kemesraan keramahan kebisingan?
sebab bila dah terlalu bising dan kepoh sebenarnya terasa amat sunyi.

susah sangat ke nak keluar?
rasa nak nangis bila tau sesuatu tadi. tapi adakah air mata begitu susah nak keluar kalau bukan time pms?


Aug 24, 2010

ketentuan


kadang-kadang,, bila kita terlalu taknakkan sesuatu, kita akan dikurniakan perkara tersebut. sebab apa? sebab kita tak tahu, Allah lagi Maha Mengetahui yang mana yang terbaik untuk kita.

(T_T)


pengakuan #5


#5: bagi aku perkara paling sedih adalah makan berseorangan


Aug 21, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

ini copy sebijik dari facebook::

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat be
rikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Aug 20, 2010

T_T atau :) ??

thank u Allah for giving me the chance to be their friends.
thank u Allah for letting me be close to them.
thank u Allah for not excluding me from their joyness.
thank u Allah for allowing me to feel the bonding.
thank u Allah for the bless of letting me even know them.

they are great people with great mentality and promising future, insyaAllah.
they are people that can bring happiness and joy to people.
they bring a great impact in everyone's life.

things will never be the same without u guys, medicine students batch 2008/2009!

wishing lily, tiqah, lia, isz, azie, wanie, aini, khairun, pyan, afiq, hilmi, yen, faidzul, etc etc all the best!


Aug 18, 2010

ما شاء الله

masyaAllah...
memang Allah jadikan manusia berbeza-beza kemampuan, berbeza-beza sifat.
memang Allah jadikan manusia itu ada baik buruknya.

hari ni ya Allah, aku jumpa satu ciptaanMu yang hebat. mungkin bagi orang ini perkara biasa. mungkin bagi orang ini bukanlah apa-apa. aku terkesima.

aku terpikat dengan ketenangannya, caranya, gayanya, percakapannya dan perwatakannya. mungkinkah aku boleh dan mampu menjadi sepertinya?

orang mungkin kata "kau ni dah angau ke"
tapi aku tak rasa macam tu. aku just rasa tersentuh dan terpikat dengan cara dia membawa dirinya. this can't be defined by words. mungkinkah boleh mendapat suami sepertinya? (ecehh tiba-tiba nak fikir pasal kahwin pulak kan).... aku bersyukur kerana diberi peluang mengenalinya.

*post ini masih belum lengkap sebab tak tau nak tulis apa*


Aug 16, 2010

giving up?



di alam final year ni, banyak sangat dugaannya. assignment makin menimbun, thesis masih tiada progress, rakan-rakan seperjuangan yang memerlukan software canggih untuk thesis terpaksa menukar lappy, lappy tak compatible (time ni la nak tak compatible la hape la) etc etc. banyak kan dugaan? ni belum campur masalah relationship, konflik dalaman, konflik nak berbuka kat mane (eheh)...

aku tak pandai berpujangga, aku tak pandai berpuitis, aku tak pandai untuk keluarkan hadith, aku tak pandai nak berkata-kata.

untuk sahabat-sahabat yang sedang resah gelisah, tiada ayat seindah al-qur'an::


1- Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

2- Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

3- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4- Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5- Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6- (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7- Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8- Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


(ni ambil dari blog org-kalau tak bagitau dikira plagiarism..heeee)


dan hanya kepadaNya kita mengadu dan meminta pertolongan:

-doa untuk memudahkan segala urusan-

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"


moga segala urusan dipermudahkan,
moga perjalanan final year kami lebih mudah untuk ditempuhi,
moga kami tabah untuk menghadapi segala-galanya,
moga kami cukup kuat untuk mengharungi dugaan,
moga segala yang kami buat mendapat keredhaanNya.



dan petikan kata-kata semangat dari sebuah lagu:

I will never say never (I will fight)

I will fight till forever (make it right)

Whenever you knock me down

I will not stay on the ground



all the best sahabat seperjuangan mechi!!!



Aug 11, 2010

ramadhan

sebabkan macam semua orang wajib buat post pasal ramadhan, aku pun nak ikut trend jugak..
selamat berbuka puasa..ehh selamat berpuasa ye rakan-rakan. tapikan, ada sorang hamba Allah ni tegur aku semalam, dia kate jangan cakap selamat berpuasa. sebab kita akan menghadapi bulan ramadhan, bukan puasa semata-mata.thanx kepada hamba Allah tersebut buat aku tersentap lalu sedar.

-plis jangan tinggal puasa
-plis jangan tinggal solat terawih
-plis jangan tinggal tadarus
-plis try lengkapkan bacaan sebuah al-qur'an yakni 30juzuk
-plis jangan buat dosa
-plis la aku jadi seseorang yang lebih baik

moga ramadhan kali ini lebih baik :)

p/s: cincin kesayangan hilang adalah dugaan pertama 1 Ramadhan :'(


Aug 8, 2010

pengakuan #4


#4: aku ni sebenarnya sangat kuat bermimpi.

dan mimpi-mimpi aku akan berkaitan dengan kenalan sejagat.

bukan sahaja sahabat tapi kenalan juga akan muncul di dalam mimpiku.




p/s: bila nak mimpi jejaka comey ni T_T