Aug 23, 2011

bila orang atasan melampau cerewet

senang je. abaikan. agak-agak dia tak puas hati nanti dia buat balik benda tu. tak perlu stress sebab offended yang dia tak terima kerja kau. asalkan kau buat kerja. and asalkan kau sentiasa tersenyum sebab happy sebab benda lain (ngarut dah.haha).

Aug 21, 2011

:')



seluruh hidupku serahkan kepadaMu ya Allah



Aug 20, 2011

masih belum cukup

10 malam terakhir...
ramadhan tahun ni rasa kejap sangat. and rasa lain sangat, mungkin sebab dah kerja. kemeriahan ramadhan tu tak rasa sangat. sepatutnya kena meriah kan?kan?

kawan kawan yang sama kes macam aku, jom manfaatkan 10malam terakhir ni sebaik baiknya?yang baru merangkak baca qur'an dua tiga page tu jom kita banyakkan, yang biasa bangun sahur untuk makan tu jom kita tambahkan solat sunat, yang biasa dalam traffic jam tu memaki maki driver lain jom berzikir, yang biasa kedekut tu jom kita bersedekah..

kawan kawan yang dah banyak beribadat sepanjang 20 hari yang lepas, sila tambah lagi. belum cukup lagi tu. hihi.

jomlah kita tambahkan apa yang patut, mana tau ini ramadhan yang terakhir.

thank u kawan kawan sebab concern pasal dua post sebelum ni. :')



p/s:minta maaf ye, tahun ni masih belum mampu nak bagi duit raya. kalau ada budak budak ketot yang nak mintak jugak, sampul tnb ada la. maaf ye.


Aug 19, 2011

:'( :'(

nak pergi terjun bangunan boley?

:'(

:'( :'( :'(

Aug 13, 2011

salam ramadhan

salam kawan kawan. macam mana progress amal? ada peningkatan tak? dah pertengahan ramadhan dah ni... masih belum terlambat kalau nak update amal, nak increase iman, nak reduce dosa, nak double-up sedekah. jom jom http://www.emocutez.com

ohhh pastu kan. kalau dah buat semua tu jangan la riak dan bangga. banyak lagi dosa kalau nak dibandingkan dengan seciput amalan yang dibuat yang belum tentu lagi ikhlas dan belum tentu lagi istiqamah. betul tak? hurm?

a little update pasal diri aku;
  • currently menyewa bilik di vista angkasa
  • kerja makin menyibukkan diri
  • masih belum ada mood nak pergi berfoya-foya sebab badan masih belum dapat sesuaikan diri dengan kepenatan.
entah pape punya update kan? kehidupan kerja ni memang sangat meletihkan kalau kamu kerja kat kL. please la kalau kau boleh pilih, jangan pilih kL. tapi jangan nak demand sangat nabihah, bersyukur dengan apa yang ada.

hurm. cakap pasal bersyukur ni, semalam ada incident yang sangat menguji tahap kenangisan aku (padahal sebelum semalam lagi teruk nanges sampai mata bengkak bengkak.haha).. cuma nak share la. semalam time aku kena benda tu, ada la terdetik "apa dosa aku". tapi lepas tu terfikir lak, selama ni, Allah bagi kesenangan macam macam, cukup sempurna untuk hidup, Allah bagi kejayaan, Allah bagi peluang pekerjaan, Allah bagi encik captain, Allah bagi semua yang elok-elok, aku tak pernah lak nak terdetik "apa yang aku dah buat sampai dikurniakan semua kesenangan ni". kita selalu rasa tak adil bila susah. tapi bila kita senang, kita tak pernah rasa benda tu tak adil (maksud aku tak adil sebab kita banyak dosa, kita tak layak untuk dikurniakan kesenangan sebanyak tu).


"Allah tak bagi lagi. Kena redha."

ayat dalam satu mesej yang buat aku tergamam tak terkata. mungkin simple je ayat ni tapi memang sangat hebat kalau keluar dari mulut orang yang mendapat kesusahan. sebab selalunya ayat macam ni akan keluar dari mulut orang yang nak menenangkan orang yang kena kesusahan. moga Allah merahmati insan yang berfikiran macam kat atas ni.


tu je dari aku. mana yang faham tu okla, yang tak faham tu try la fahamkan. agak agak dah faham tu try amalkan. ingat, kita mintak banyak dari Allah, Allah tak mintak apa apa dari kita.


p/s: doakan aku kuat.
p/p/s: i love ramadhan.
http://www.emocutez.com