Mar 10, 2011

zzzzzzzz....

dua tiga hari ni tak cukup tidur. sebab asyik mimpi macam-macam dan terjaga banyak kali. assumption yang boleh dibuat adalah aku terlalu banyak berfikir. otak tak stop berfikir. mungkin sebab agenda yang tak teratur dalam hidup ni.

so, langkah pertama yang aku boleh buat untuk perbaiki situasi ni ialah, sila elakkan perkara yang boleh menambah beban pemikiran (yang boleh dielak).

mungkin kamu kamu dan kamu tak berpuas hati dengan aku. aku minta maaf. tapi buat masa sekarang aku tak mampu nak puaskan hati kamu kamu dan kamu. bukan kejam, bukan keras hati, tapi aku tak rasa aku mampu. jadi kalau tak puas hati dengan aku, nak suarakan, silakan. tapi aku akan buat tak tahu. fullstop.

and kepada kamu yang aku rasa sangat mencari pasal dengan aku, buat masa sekarang anda diletakkan dalam recycle bin otak aku. kalau bernasib baik akan di'restore'. kalau tak, aku tak rasa akan ada effect kat hidup aku mahupun hidup kau.

Mar 8, 2011

semoga

semoga.
dengan kesibukan dunia ini.
aku tak lupa padaMu ya Allah.