Jun 20, 2010

orang baik v2

aku rasa macam dah lama tak bukak blog ni. these past weeks have been hectic. like super major hectic. summarizing kisah-kisah yang membuatkan aku stress sekaligus menyebabkan life aku berterabur:

1) dapat tau pasal dr henk yakni visiting lecturer tiba-tiba datang company art, tanpa warning. so aku gelabah start buat final presentation slides (start buat separuh jalan).

2) aku demam for like almost a week. tapi degil taknak mc. so kesudahannya tidur je kat ofis. luckily duduk bilik file. so bila hj nawawi datang sempat bangun. tapi hj macam dua tiga kali sound, "nabihah, are u still sick?nape tak mc?nanti berjangkit satu RE".... ye, sedih kan. bukan hj kisah pasal sakit tu. dia kisah pasal takut berjangkit.

3) belum baik demam betul-betul, kena drive balik penang. like, 9-10jam camtu.. sebab kak tiwa kahwin. dan bila kakak sedara kau kahwin, confirm kau pun sibuk bekerja jugak kan. maka keletihan melanda 10x ganda.

4) sehari sebelum kenduri kahwin, dapat mesej dari mayo "biha, lecturer biha datang 17hb, khamis depan"... aku terkedu sejuta bahasa. lantas tak dapat menumpukan perhatian terhadap upacara akad nikah (macam la aku perlu tumpukan perhatian, bukan aku yang bernikah.haha)

5) rabu petang hj review slide. "biha, sy tengok content awak sikit sangat berbanding dengan syed. tak nampak technical part of it. syed punya bagus".. lalu aku pun menjawab "syed memang sentiasa bagus hj. dah hj sayang dia. semua memang bagusla. sy ni siapa la." (dialog kecuali dialog hj adalah rekaan semata-mata). kesimpulannya rabu petang tu hj suruh aku ubah slide and tambah lagi isi kandungan. stress la aku. maka aku pun menitiskan air mata setitik.

dan sila lihat my bunch of friends yang terlalu baik hati:



mr prakit: bkn loser la biha, kdg2 fear tu baik jugak utk kita jd stronger
sbb kena lawan balik. u will be ok.

zik: setiap yang bermula pasti berakhir. kau ilek je..
aku tau kau tau semua ni biha. kau just takut je.

i knew i left sumthin

sarah: good luck babe! awk hebat! go! go! go! dari sarah n caryn. muah2

thank u so much guys! i'm really gonna miss u guys. aku akan rindukan family RE.. may these two weeks move much slower.. pleaseee....

p/s: thanx also to zik and iqbal yang telah membantu aku di petang rabu yang sangat mengharukan..

p/p/s: sepatutnya tak jadi ribut sebab presentation takde markah. tapi.. entah. haha. ohh and persahabatan tak bergantung kepada tempoh perkenalan :)

Jun 5, 2010

makan dalam?

kenapa kadang-kadang lelaki malas nak layan kalau seseorang perempuan tu merajuk? jawapannya mudah. sebab perempuan tu mengada-ngada. cuba kalau perempuan tu merajuk bila perlu je. confirm laki tu akan pujuk. semua orang akan rimas kalau kau kuat sangat terasa. tak kisahla laki ke perempuan ke. orang akan menyampah dengan kau kalau kau kuat terasa. dalam hidup kita ni, kita kena tolerate dengan orang lain. sebab, life is not about living alone. sesebuah kehidupan tu melibatkan kita dan orang lain. kalau kita asyik nak makan dalam je, pastu bajet orang nak pujuk, susah la kan? aku pun kuat terasa. tapi, lantak aku la. asalkan aku tak mintak orang pujuk aku. makan dalam diam-diam dah la. kalau bertolak ansur baru hidup bahagia. kawan pun akan ramai.


p/s:post ini berbaur emo. tapi ni bukan emo. ni pendapat. siapa pulak yang nak terasa kali ni? =)

p/p/s:erkk.tersedak cicak! haha.

groceries?

hari ni pergi buat groceries dengan family. saja je nak ikut buang masa padahal final report belum buat lagi. dem! penemuan-penemuan menarik:


instant 'dosa' mix. tak payah susah-susah buat dosa

kacang panjang dalam bentuk kerepek? erkk..*tersedak cicak*

salty raisin. raisin masin?




orang cari gadis virgin. ni makanan EXTRA virgin. :)


tu je. masih malas. malas. malas.